in

Selamat Memulakan Hari Baru di Tahun Baru 2010

Hari ini dah pun 4 Januari 2010. Namun, rasanya tak terlewat untuk Budiey mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua pembaca yang sentiasa memberikan sokongan.

Budiey percaya, ramai yang sudah kembali ke pejabat untuk terus bekerja. Pastinya semua bersemangat pada hari pertama di ofis untuk tahun 2010 ini.

Apakah azam tahun baru anda? Resolusi 2010? Semoga segala impian dan hasrat akan jadi kenyataan. Sama-sama kita usahakan.

Resolusi 2010 Budiey.com ialah ingin membina satu lagi laman web berbentuk TV online iaitu Budiey.TV di mana pembaca dapat melihat video tentang dunia hiburan dan artis. Semua ini perlukan kos yang sangat besar dan Budiey juga perlu mencari staff untuk melakukannya. Pendek kata, kalau ada duit semua jadi!

Seperti semua sedia maklum, blog Sensasi Selebriti akan berusia 3 tahun pada 7 Januari 2010 (Khamis). Serentak dengan itu, Budiey akan mengadakan 3 event iaitu

  1. Movie Day Out Menonton Filem Sherlock Holmes Bersama Pembaca pada 10 Januari 2010
  2. Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com pada 24 Januari 2010 di Neway Karaoke Box
  3. dan juga Budiey merancang satu pertandingan MAKE OVER pasangan pembaca pada bulan Februari… nantikan pengumumannya tidak lama lagi!

Doakan semua perancangan berjalan dengan lancar. Terima kasih atas sokongan kalian semua!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Memori AJL: Aura Seksi Dayang Nurfaizah di AJL 23

Hunny Madu Makin HOT Perform di Parti Nona 2010