SEDIHSEDIH OMG!OMG! LoveLove WinWin

Melissa Maureen Dirompak Dicabul Malique Ditetak

Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan, didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara. Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang.

Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi.

Melissa Maureen Rizal

Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah.

Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti. [sumber]

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. biasela polis malaysia-lembab dan bodoh…rasuah no 1 dalam rantau asia…ketua polis negara paling byk makan…

  2. Ai..jangan pandang semua polis sama. Most of them, buat keje bagus..cuma ada segelintir yg kureng skit. Polis2 yg bermasalah ni kita kena tau handle la. Report pd org atasan diorg. G direct, tunjuk yg kita ni jenis yg berani. Diorg ni takut ngan org atasan je. Kalau kita pun setakat x peduli kalau diorg x buat keje betul2, mmg naik kepala la jdnya diorg ni. Hmm..mimie..ketua polis negara paling byk makan rasuah??? Fitnah besar tu? Ada bukti ke?? Sanggup bertanggungjwb dgn ur statement? Pd melissa n malique, buat report lg, this time jumpa org atasan. Ini yg slalu my husband buat, bila nampak polis yg x jalankan tugas elok2, terus kata nk jumpa org atasan, tergagap2 la diorg nanti..

  3. Tiada manusia yg sempurna ..

    Tul tu Suhana .. brhati2 bila nk kuar sttmnt kt intrnt ni .. padah kata, dtg bala kang ..

  4. polis malaysia mmg mcm tu…now I know why people say we are third class country :'( I’m so going back to london!

  5. tol kata mimie….rasuah no 1 rantau asia…bila polis tngkap je suspek mak bapak yg syang ank ni berkira la ngan polis kena sribu dua da bole bebas..

  6. bagusnya ayat cik saleh….sangatlah kurang ajar….cubaah pk kalau anak bini sendiri yang kena….mcm org xde kesedaran sivik…

  7. amboi sdp yerk korg dk mngata polis
    korg cba pk la klu korg dlm ksusahan nk kna rompak or rogol ker
    korg nk mtk tlg ngn spe
    ngn bomba,???
    ngn jpj.???
    ckp dlm nie bley la korg
    ingt kje polis nie hina sgt ker
    ntah2 kje korg yg mngutuk tu lg hina
    yela wt dose ari2
    len kali bla nk ckp tu pndg kiri knn
    lau korg ssh polis gak korg cari
    dlm mn2 kje pn msti ade sorg dua yg slek
    x sumernya smpurna
    bla dri dh kna rogol
    dh kna rompak
    bru pegi mrayu2 kt polis nk mtk tlg
    tp pnh ker korg hrgai jasa derang kt korg sumer nie
    lau xde polis lam msia nie
    tdo mlm pn korg lom tntu lena wei
    silap2 progol2 tdo sblh korg
    pk kan laaaaaaaaaaa

  8. utk ko julaina>>>
    ko xtau kje polis ko dediam sdh la
    utk mkluman ko
    pihak polis hnya mnjalankan tgkapan
    bab2 nk lepas ker ape ker
    majisteret yg punya hal
    ko klu xtau pe2 ko syp k
    jgn d sbbkan psl stetmen djh 1 ko tu
    sumer org ingt polis nie yg bebaskan pnjenayah
    itu sumer kje mjistret k…phm ckit

  9. siannya, agaknya Rosyam Nor pun tau ksian kat dia bagi dia belakon drama kat tv3 dgn dia

    pastu dpt blakon filem hooperz lak tu

  10. ni utk commentors , esok kalau mak bapak korang ke, anak bini korang ke laki korang ke kena dgn pencuri kena rogol ke kena sula ke kena rompak ke, jangan report polis malaysia report FBI kat new york ke polis SPORE ke.. hah pergi2 aku cabar kau orang.. blah lar ntah2 mak bapak kauorg yg makan rasuah tu beranak kan anak bodo2 tuli tak belajar macam korang tau nak condemn org blah ar. kauorang yg tak kaya pergi belajar nak maju kan diri bkn nye nak tuduh2. apa2 pun aku rasa mak bapak korang yg rasuah. walaupun bukan semua polis malaysia macam ni. blah lar !!!

  11. Apalah ko org nk gaduh2.macam budak2..aku tak salahkan siapa2,dah di beri komen memanglah oran nk komen…kalau takut kena komen dgn rakyat malaysia jgnlah masukan dlm laman ne…kita ken fikiran terbuka kit….dengar apa pandangan org yang komen 2..mkin apa yang di cakap 2 ada yang betul dan ada yang x…kita sendiri yang fikir..

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hadziq, Ery Putra Dalam Belalang Epik Anakanda Nujum Diraja

Peraduan Jom Menonton Filem PAPADOM