in

Peraduan Jom Menonton Filem PAPADOM

Salam pembaca Sensasi Selebriti yang dimuliakan,

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..

Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!! Nantikan kemunculan ‘Papadom’ sebuah karya Afdlin Shauki di pawagam berhampiran anda…

Mahu memenangi barangan filem HEBAT ini? Sertailah peraduan anjuran Tayangan Unggul ini!

Budiey ingin memberikan pembaca:

  1. 20 helai T-shirt Eksklusid PAPADOM
  2. 20 keping Stretch Ball PAPADOM

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah &

Soalan 1:
Siapakah pengarah filem PAPADOM?

Soalan 2:
Sebutkan 4 orang pelakon filem PAPADOM

Soalan 3:
Namakan syarikat yang menerbitkan filem PAPADOM ?

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

1 NOVEMBER 2009

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem PAPADOM – Sensasi Selebriti

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos dan untuk sekitar Kuala Lumpur perlu mengambilnya dari Budiey.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Melissa Maureen Dirompak Dicabul Malique Ditetak

Ida Nerina Telah Bercerai