in ,

Meghan Markle Hamil, Bersalin Pertengahan Tahun 2019

Isteri kepada Putera Harry, Meghan Markle dilaporkan sedang hamil dan dijangka bersalin pada pertengahan tahun hadapan. 

Berita gembira buat semua yang mengikuti kisah cinta diraja, Meghan Markle disahkan hamil tersebar menerusi laman Twitter rasmi Kensington Palace, semalam.

Bayi kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada Mei lalu itu juga bakal menjadi pewaris ketujuh takhta Diraja Britain.

Meghan Markle

“The Duke dan Duchess of Sussex sangat berbesar hati mengumumkan berita kehamilan ini. Mereka begitu menghargai sokongan orang ramai sejak disatukan Mei lalu.

“Mereka teruja untuk berkongsi berita gembira ini dengan orang ramai,” ujar pengendali laman Twitter rasmi itu.

Jelajah Luar Negara Yang Bermakna

Harry dan Markle kini sedang berada di Australia sempena jelajah luar negara mereka yang pertama sebagai pasangan Diraja.

Ternyata perkhabaran tersebut telah menjadi topik perbualan utama di laman sosial dan rata-rata peminat pasangan itu dari seluruh dunia memberikan kata-kata positif serta mendoakan kesihatan Meghan dan bayinya.

Pasangan bahagia itu berkahwin pada 19 Mei lalu di Gereja St George, Istana Windsor, United Kingdom.

Majlis tersebut dihadiri 600 tetamu termasuklah Oprah Winfrey, David dan Victoria Bechkam, Priyanka Chopra dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ameer Forteen Bakal Nikah Mac 2019

Mahalnya! Harga iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max di Malaysia