in

Media Prima Sambut Hari Malaysia di Rempah 2018 & BookXcess

Apakah rancangan anda untuk menyambut sambutan Hari Malaysia pada kali ini? Adakah anda seorang yang suka melayari dan menikmati keindahan seni tempatan yang unik? Sertai warna warni Malaysia bersama warga Media Prima dalam menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2018 ini di Rempah 2018 dan BookXcess!

Tahukah anda begitu ramai rakyat Malaysia yang berbakat di kalangan kita? Temui mereka dan hargai pameran seni yang unik seperti karikatur trilogi oleh Johan Ishak. Selain dari itu, Ejen Ali, watak animasi kegemaran kanak-kanak Malaysia yang juga akan membuat penampilan khas untuk menghiburkan orang ramai semasa acara ini berlangsung!

Karikatur Trilogi Johan Ishak di Rempah 2018

Malaysia yang terkenal dengan kekayaan warnanya, budaya dan kesenian, dizahirkan melalui motif pop haiwan dan ekspresi seni kotemporari yang ditonjolkan di dalam elemen karya Johan Ishak di dalam seni karikatur triloginya.

Karikatur Trilogi yang mempunyai pelbagai jenis haiwan dengan pelbagai aksara yang mewakili beberapa zodiak cina menggambit kembali nama samaran zaman kanak-kanak dari masa lalu. Karya ini dijamin mampu menonjol di antara semua karya tempatan yang dipamerkan di dalam acara ini ternyata, mempunyai keunikan tersendiri, cantik dan mengangumkan.

Acara ini lebih bermakna dan indah dengan sambutan Hari Malaysia bersama dengan warga tempatan. Oleh itu, sebahagian daripada keuntungan dari jualan karikatur trilogi akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3 bagi membantu golongan yang memerlukan dengan menyediakan platform untuk golongan muda dan artis berpengalaman dalam memaparkan karya mereka.

Penampilan Istimewa Ejen Ali di Rempah 2018

Bagi anak-anak kecil yang meminati Ejen Ali, tentu sekali tahu akan tarian di dalam cerita animasi ini. Bawa anak-anak anda menari dan berhibur bersama Ejen Ali, watak animasi kegemaran anak-anak Malaysia yang akan membuat penampilan istimewa, khas untuk para pengunjung di Rempah 2018!

Watak Ejen Ali yang comel ini juga akan berinteraksi dengan anak-anak anda sepanjang hari di bookXcess pada hari yang sama 16 September 2018 ini, di Dataran Tamarind, Cyberjaya.

Rempah akan berlansung pada 16 September 2018, di Tamarind Square, Cyberjaya. Pesta seni yang menjanjikan suatu pengalaman baru buat penggemar seni, 12 jam tanpa henti bermula dari 9.16 pagi sehingga 9.16 malam.

Ejen Ali di BookXcess

Penuhi aktiviti cuti sekolah ini bersama dengan anak-anak anda di Rempah 2018 dalam menyertai Ejen Ali di BookXcess. Pelbagai aktiviti turut disediakan khas buat untuk anak-anak cilik ini dalam menterjemahkan bakat kreatif mereka di BookXcess ini.

Bawa pensil warna anda sendiri untuk turut serta di dalam pertandingan mewarna khas pada Hari Malaysia, Ahad, 16 September dan berpeluang memenangi barangan khas yang disediakan!
Acara BookXcess ini bermula pada 1 Ogos 2018 sehingga 16 September 2018 di Dataran Tamarind, Cyberjaya.

JOHAN ISHAK

Johan Ishak, berkelahiran Pulau Pinang ini merupakan seorang akauntan bertauliah penuh yang dilatih sebelum ini di PricewaterhouseCoopers, Deloitte Touche Tohmatsu, Petronas dan MyCreative Ventures. Beliau kini menguruskan stesen TV terkemuka di Malaysia yang terdiri daripada aset Media Prima: TV3, TV9, 8TV, ntv7, tonton.com. saya, xtra.com.my serta CJ Wow Shop.

Johan yang kini menetap di Shah Alam bersama isterinya dan 3 orang anak lelaki, memanfaatkan masa lapangnya dengan meneroka muzik, mempelajari kesusteraan serta seni lukis. Selain menjadi gitaris D’Kechewas, beliau juga menulis novel Melayu, Makhluk, di bawah Buku Fixi’s Wattpad. Minatnya dalam menulis puisi, cerita pendek, artikel dan memaparkan karya seninya di blognya; Buanasenu, Kopihangtuah dan Spanapurba. Terdahulu mencatatkan, karya beliau yang dipamerkan di Galeri Prima, Ikhlas: 20 dan Buana, telah pun terjual habis.
Johan boleh dihubungi di [email protected] atau melalui twitter / instagram @johanishak atau facebooknya Johan Ishak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Big Stage Separuh Akhir Road To Final

Welcomes Judges David Foster, Anggun and Jay Park to a New Season of Asia’s Got Talent