in ,

Konsert Big Stage Separuh Akhir Road To Final

Tahniah Buat Semua FInalis! Good luck guys!

Ternyata rezeki masih berpihak kepada salah seorang peserta wanita termuda Big Stage iaitu Wani Kayrie, 18, apabila beliau diselamatkan menerusi kuasa imuniti yang dimiliki oleh juri tetap, Dato’ Seri Siti Nurhaliza sewaktu Konsert Big Stage pusingan suku akhir bertemakan ‘Cover Pilihan Dato’ Seri Siti Nurhaliza’ & ‘Cover Battle’ Ahad lalu

Wani yang berada di kedudukan tiga terendah sepatutnya tersingkir apabila menerima undian terendah menerusi platform Tik Tok. Namun, perjuangannya masih panjang di pentas ‘Big Stage’ sekaligus melayakkan beliau untuk melangkah ke pusingan separuh akhir bersama-sama rakan seperjuangannya yang lain iaitu Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Baby Shima dan Ariff Bahran. Wani telah menyampaikan lagu Getaran Cinta Di Jiwa dan Jampi untuk cabaran ‘battle’ pada malam tersebut.

Untuk pusingan separuh akhir yang bertemakan ‘Road To Final’ pada minggu ini, para peserta masih diuji dengan dua tugasan iaitu persembahan solo dan duet bersama artis jemputan. Afieq Shazwan akan berpadu suara dengan Siti Nordiana, Wani Kayrie pula digandingkan bersama Siti Sarah Raisudin, Baby Shima bersama Haiza, Sarah Suhairi bersama Syamel, Ariff Bahran bersama Aepul Dramaband dan Syafiq Farhain bersama Hazama. Adakah mereka mampu menyahut cabaran yang diberi? Sama-sama kita saksikan kelak.

Siaran Langsung Konsert Big Stage (Minggu Separuh Akhir) pada 16 September 2018 (Ahad), jam 9.00 malam @ Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Anda di rumah boleh menonton di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelawak Accapan Meninggal Dunia

Media Prima Sambut Hari Malaysia di Rempah 2018 & BookXcess