in ,

Media Prima Lancar Kempen CNY 2021 dengan Tagline Money Money Home

Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2021 (CNY 2021), Rangkaian Televisyen Media Prima menerusi 8TV saluran bahasa Cina nombor 1 di Malaysia telah bekerjasama dengan stesen radio One FM, rangkaian TV beli-belah WOWSHOP, laman portal Rojaklah, Viralcham dan Tantannews (TTN) melancarkan Kempen CNY 2021 #MoneyMoneyHome untuk membawa tuah dan keriangan kepada masyarakat Cina dalam menyambut tahun baharu.

Tepat pukul 9.00 malam tadi, sidang media Kempen CNY 2021 #MoneyMoneyHome diadakan secara maya dan bersiaran langsung di laman sosial rasmi Facebook 8TV badukongjian, One FM, WOWSHOP, Rojaklah, Viralcham dan Tantannews, akaun rasmi TikTok @8tvchinesebdkj dan juga YouTube @8TVAddicts. 

Kempen CNY 2021 #MoneyMoneyHome membariskan 14 duta yang terdiri daripada wajah 8TV iaitu Gary Yap, Henley Hii, Tan Ley Teng, Orange Tan, Rickman Chia, penyampai radio One FM iaitu Angeline, Nicholas, Ding, hos WOWSHOP iaitu Melissa serta artis-artis popular seperti FS (Fuying & Sam), May Ho, Stephy dan Yise.  

Media Prima Lancar Kempen Cny 2021 Dengan Tagline Money Money Home

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Media Prima Omnia, Datuk Michael Chan, “Kempen CNY merupakan acara tahunan yang penting anjuran Media Prima Berhad. Kami yakin Kempen CNY 2021 #MoneyMoneyHome merupakan edisi yang terbaik dan terbesar untuk menyambut Tahun Baharu Cina 2021 yang meraikan giliran zodiak lembu.

Umum tahu bahawa tahun 2020 diselubungi dengan krisis wabak Covid-19 yang menjejaskan kehidupan dan pencarian rezeki pada semua lapisan masyarakat. Masyarakat Cina percaya bahawa sinar bahagia dan tuah akan menjelang pada kitaran tahun baharu jika kita terus berusaha. Justeru, ‘Money Money Home’ membawa mesej bahawa semua orang harus sentiasa optimis dan menukarkan aura negatif kepada positif supaya rezeki akan terus melimpahi hidup dan menjadi penuh keberkatan.

Bagi pihak penganjur, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan kempen ini terutamanya rakan-rakan penaja iaitu Kinohimitsu (penaja video muzik Money Money Home), Ensure Gold (penaja telefilem – Bonus Vacation), Nivea (penaja drama – A Promise To Love), Polident dan Sensodyne (penaja drama – Hello, My Little Fortune), Shokubutsu (penaja program – Fortune Special 2021) serta kolaborasi khas dengan rangkaian kedai buku Popular dan aplikasi TikTok.”

Kempen CNY 2021 #MoneyMoneyHome memperkenalkan maskot bernama ‘Money’ yang mewakili zodiak lembu. Sidang media maya tersebut juga melancarkan album CNY 2021 berjudul ‘Money Money Home’ yang mempunyai CD dengan memuatkan tiga buah lagu dan DVD yang mengandungi dua video muzik.

Single utama bagi album ini, ‘Money Money Home’ merupakan karya daripada seorang komposer, penulis lirik dan penyanyi yang terkenal, iaitu Yise. Berbeza dengan melodi lagu CNY yang tradisional, Yise mengetengahkan ‘electronic dance music’ dalam lagu Money Money Home yang dinyanyikan oleh 14 duta kempen CNY 2021.

Tayangan sulung video muzik ‘Money Money Home’ akan disiarkan di 8TV dan YouTube @8TVAddicts pada pukul 10.00 malam selepas dilancarkan di sidang media maya tersebut. 

Lagu ‘Lucky All Year Round’ merupakan dendangan oleh barisan penyampai radio One FM dan ‘Fly To The Sky’ yang dinyanyikan oleh Henley Hii dan Jordan Sen merupakan lagu OST drama khas CNY 2021 di 8TV iaitu ‘A Promise To Love’. Berbeza dengan tahun lepas, penyampai radio One FM akan menyanyi sambil menari dalam MV lagu tema CNY 2021 – ‘Lucky All Year Round’ yang liriknya ditulis oleh Hana.

Tidak ketinggalan juga terdapat edisi khas untuk aplikasi TikTok di mana orang ramai juga boleh sama-sama ‘meniru’ dan merasai keseronokan tarian yang ceria itu. Selain itu, One FM juga turut mengumumkan pembaharuan dalam segmen program Morning Kaki yang menggandingkan dua figura iaitu Nicholas dan William, segmen Happy Hour akan dikendalikan oleh Angeline dan Ding manakala Hana seperti biasa akan menemani pendengar dalam segmen Happy Dedication.

Bagi menyemarakkan sambutan Tahun Baharu Cina 2021, 8TV juga akan menayangkan tiga drama khas iaitu :

  1. Hello, My Little Fortune, 6 episod, mulai 8 Januari 2021, setiap hari Jumaat, pukul 9.00 – 9.30 malam, lakonan oleh Rickman Chia, Orange Tan, Henley Hii dan Lynn Lim.
  2. A Promise To Love, 10 episod, mulai 25 Januari 2020, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 9.00 – 10.00 malam, lakonan oleh Jordan Sen, Pauline Tan, Yuan dan Emily Chan.
  3. Bonus Vacation, 13 Februari 2021 (Sabtu), pukul 9.00 – 11.00 malam, lakonan oleh Gary Yap, Jan Chin, Jordan Voon dan April Chan.

Jangan ketinggalan promosi hebat daripada WOWSHOP iaitu ‘WOW MONEY MONEY HOME’ yang akan berlangsung dari 8 Januari hingga 14 Februari 2021. Pembeli akan menerima paket Ang Pow eksklusif MONEY MONEY HOME dan menikmati rebat tunai dan diskaun sepanjang tempoh promosi tersebut yang merangkumi perkakas elektrik dan dapur, alatan pembersih, produk kesihatan dan banyak lagi.

Seiring dengan Kempen CNY 2021 #MoneyMoneyHome, anda boleh melayari laman web rasmi kempen ini untuk mendapatkan tilikan nasib.

Kongsikan teks tilikan yang diperolehi di laman sosial Facebook dan Instagram anda, menggunakan tanda pagar #moneymoneyhome berserta kapsyen yang kreatif dan menandakan tiga sahabat anda. Tetapkan perkongsian ini untuk tatapan umum dan anda berpeluang untuk memenangi wang tunai atau hadiah yang menarik! 

Sekali lagi 8TV berkolaborasi dengan TikTok, aplikasi nombor 1 di media sosial dalam cabaran TikTok #MoneyMoneyHome untuk memeriahkan lagi kempen CNY 2021 ini. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi TikTok, melengkapkan permainan Money Money Home dan muat naik video tersebut ke aplikasi TikTok dengan #MoneyMoneyHome untuk memenangi hadiah menarik. 

Barangan eksklusif Kempen CNY 2021 #MoneyMoneyHome boleh didapati di Kedai Buku Popular dan CD Rama di seluruh Malaysia mulai 22 Disember 2020 seperti senarai di bawah:  

NoBARANGHARGA 
1MONEY PLUSH TOY (Include ALBUM CD & DVD)RM46.00
2USB (16GB) (Consists 3 Chinese New Year Song + 2 MV)RM39.90
3T-SHIRTRM29.90
4COUPLETRM12.80*Setiap pembelian RM68 ke atas (ahli) / RM88 ke atas (bukan ahli) akan mendapat couplet secara percuma.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kempen CNY 2021 #MoneyMoneyHome, sila layari laman web rasmi di https://tantannews.com/moneymoneyhome. Rancakkan perbualan di laman media sosial dengan #MoneyMoneyHome. 

Use promo code 8TVCNY20 to enjoy RM 20.00 off with minimum spend of RM 80.00 when you shop at my.kinohimitsu.com from now until 31st January 2021.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haqiem Rusli | 18

Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2020 AME 2020

Gadgetmodel Hiasan | 19

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Didapati Bersalah Kes Rasuah RM2 Juta