in ,

Media Prima Berhad Raih 15 Hadiah Kewartawanan MPI-PETRONAS 2021

Tahniah kepada para wartawan serta krew di sebalik tabir Media Prima Berhad atas kejayaan meraih 15 hadiah menerusi 9 kategori di Majlis Anugerah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2021 yang telah berlangsung semalam.

Kejayaan ini membuktikan rakan-rakan wartawan dalam kalangan Media Prima Berhad telah memberikan komitmen yang tinggi demi menyampaikan berita sahih dan informasi terkini terus kepada penonton setia TV3 serta pembaca tegar media cetak New Straits Times, Berita Harian, dan Harian Metro. 

Tiga hadiah dimenangi menerusi TV3, sementara enam lagi menerusi media cetak kumpulan News Straits Times. TV3 menerusi rancangan Majalah 3, telah meraih pingat emas dan pingat perak bagi Kategori Dokumentari Video Terbaik.  Pingat emas ini menjadi milik Nor Izzati Lockman dengan laporan menarik bertajuk  Predator Darat (link). Kemenangan ini turut melayakkan beliau menerima hadiah kemenangan RM 5,000, trofi beserta sijil.

Pemenang Anugerah MPI-Petronas 2021

Pingat Perak turut dimenangi oleh rancangan Majalah 3 dan ia menjadi milik Christine Lee dengan laporan yang menyentuh hati setiap lapisan masyarakat iaitu Episod 2 – Kita Masih Belum Menang (link). Kemenangan ini melayakkan beliau menerima RM1,500 beserta sijil. 

Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV3 pula meraih pingat perak bagi Kategori Berita Video Terbaik menerusi laporan ICU Seluruh Negara Melebihi Kapasiti & Pasukan Perubatan Menentukan Nasib Pesakit Diilema Pasukan (link). Kemenangan ini menjadi milik Mas Zharif Zhafri Abdul Azid dan melayakkan beliau membawa pulang RM1,500 beserta sijil.

Selain itu, New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro turut maraikan kemenangan besar menerusi 7 kategori iaitu Kategori Infografik Terbaik, Kategori Desain Halaman Pertama Terbaik, Kategori Penulisan Rencana Cemerlang, Kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail – Cetak & TV, Kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang Cemerlang, Kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang dan Kategori Laporan Berita Cemerlang.

Berikut adalah senarai terperinci 15 anugerah yang diterima menerusi 9 kategori oleh Media Prima Berhad.

Kategori Dokumentari Video Terbaik

Organisasi : TV3

Nama Pemenang: Nor Izzati Lockman

Tajuk : Predator Darat (link)

Hadiah : Pemenang Emas, RM 5,000 + Sijil + Trofi

Organisasi : TV3

Nama Pemenang: Christine Lee Mei Chin 

Tajuk : Episod 2 – Kita Masih Belum Menang (link)

Hadiah : Pemenang Perak, RM 1,500 + Sijil 

Kategori Berita Video Terbaik

Organisasi : TV3

Nama Pemenang: Mas Zharif Zhafri Abdul Azid

Tajuk : ICU Seluruh Negara Melebihi Kapasiti & Dilema Pasukan Perubatan Menentukan Nasib Pesakit (link)

Hadiah : Pemenang Perak, RM 1,500 + Sijil 

Kategori Infografik Terbaik

Organisasi : Harian Metro

Nama Pemenang: Nor Salim Mohamed Dawam &  Nor’Asyikin Mat Hayin

Tajuk : Permainan Warisan Zaman (link)

Hadiah : Pemenang Perak, RM 10,000 + Trofi + Sijil

Organisasi : Harian Metro

Nama Pemenang: Zul Fadhli Kamarrudin & Nor’Asyikin Mat Hayin

Tajuk : Air Mata Darah di Palestin (link)

Hadiah : Pemenang Perak, RM 1,500 + Sijil 

Organisasi : New Straits Times

Nama Pemenang: Ahmad Suhairy Shuib

Tajuk : Long Covid or Post Covid-19 Syndrome (link)

Hadiah : Pemenang Gangsa, RM 1,000 + Sijil

Kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail – Cetak & TV

Organisasi : Berita Harian

Nama Pemenang: Ahmad Suhael Ahmad Adnan

Tajuk : Pinjam tenaga kerja swasta bantu kakitangan kesihatan, 3 faktor pengaruhi gejala Long COVID bekas pesakit, Bekas pesakit dedah alami pelbagai gejala berpanjangan, Amal gaya hidup sihat elak Long COVID tambah teruk, Sukarelawan bimbang tidak cukup tenaga urus jenazah COVID-19, Petugas terus cekal hadapi cabaran laksana fardu kifayah (link)

Hadiah : Pemenang Emas, RM 5,000 + Sijil + Trofi

Kategori Laporan Berita Cemerlang

Organisasi : Harian Metro

Nama Pemenang: Amir Abd Hamid, Muhaamad Hafis Nawawi, Azrul Affandi Sobry

Tajuk : Misi Seribu Getir, Risiko di Meja Bedah, Wira Biosafety Level 3, Jangan Trauma Sudahlah Ya… (link)

Hadiah : Pemenang Emas, RM 10,000 + Sijil + Piala

Kategori Desain Halaman Pertama Terbaik

Organisasi : New Straits Times

Nama Pemenang: Ahmad Suhairy Shuib

Tajuk : Get Real Picture, Shape Of Sacrifice, Climbing Out Of Covid (link)

Hadiah : Pemenang Perak, RM 1,500 + Sijil

Organisasi : Harian Metro

Nama Pemenang: Khairil Shahriman Maarup

Tajuk : Covid-19 Malaysia Catat Rekod Baharu 6,075, Tutup Habis (link)

Hadiah : Pemenang Gangsa, RM 1,000 + Sijil

Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang

Organisasi : New Straits Times

Nama Pemenang: Mohd Aizuddin Akmal Saad

Tajuk : 6976 (link)

Hadiah : Pemenang Perak, RM 1,500 + Sijil 

Kategori Penulisan Rencana Cemerlang

Organisasi : New Straits Times

Nama Pemenang: Elena Simala Koshy

Tajuk : My Father’s Keeper, Singing From The Shadows, Beacon In The Dark (link)

Hadiah : Pemenang Gangsa, RM 1,000 + Sijil

Kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang Cemerlang

Organisasi : New Straits Times

Nama Pemenang: Rajan David Christy

Tajuk : Covid-19 misadventure in a mamak restaurant, Are Malaysians asset-rich but cash-poor?, Dementia in the family: the fires of sorrow (link)

Hadiah : Pemenang Perak, RM 1,500 + Sijil 

Organisasi : Harian Metro

Nama Pemenang: Mohd Saipul Adli Mohamad

Tajuk : Sebab ‘babil’ orang lain merana, Ingatlah, vaksin itu perisai, ‘Jawab video call, aku bagi RM1k’ (link)

Hadiah : Pemenang Gangsa, RM 1,000 + Sijil 

Kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang

Organisasi : Harian Metro

Nama Pemenang: Muhammad Saufi Hassan, Mohd Firdaus Ibrahim, Yusmizal Dolah Aling, 

Muhaamad Hafis Nawawi, Amir Abd Hamid, Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Tajuk : PMYT Dalam Radar, Sittah Annur Ditahan, Pengasas PMYT Taubat (link)

Hadiah : Pemenang Gangsa, RM 1,000 + Sijil 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sejak Ogos Lalu Hingga Kini, Sudah 1.1 Juta Tudung MINAZ Hijab Terjual

WAFAHISH

Coretan Hati Penuh Menggamit Wafa Dalam Lagu ‘IKATAN KITA