in ,

Mechamato Mendunia! Setelah Ke Korea, Kini Siri Ini Mengembara Ke Portugal!

Mechamato Mendunia! Setelah ke Korea Selatan, Jepun, New Zealand dan Lain-Lain, Kini Siri Mechamato ke Portugal!

Setelah berjaya menawan lebih 20 buah negara di Asia Pasifik, siri animasi dari Malaysia yang semakin popular – Mechamato The Animated Series terus melangkah jauh dan kini telah tiba di stesen televisyen popular Portugal.

Bermula September nanti, siri animasi Mechamato akan ditayangkan di saluran ‘Sociedade Independente de Comunicação’ atau SIC K, salah satu saluran utama dan terkemuka di Portugal. Tambah menarik lagi, siri hasil anak tempatan ini bakal dialihkan bahasa ke Bahasa Portugis.

Banner_Mechamato_Portugal

(Monsta  • Free to use Mechamato di hadapan Kota A Famosa, dibina oleh Portugis, terletak di Bandar Hilir, Melaka..)

“Kini, Mechamato semakin mendunia. Kami amat teruja kerana dapat menghiburkan kanak-kanak dari seluruh pelusuk dunia dengan menggunakan bahasa ibunda mereka di dalam siri animasi kami,” kata Faiz Zainal Abidin, Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Monsta.

“Kekuatan siri Mechamato terletak pada jalan penceritaannya yang memfokuskan pada nilai-nilai murni, persahabatan dan budaya. Mechamato terkenal dengan persembahannya yang menggunakan teknologi moden di dalam siri tersebut tanpa mengabaikan unsur-unsur tradisi tempatan,” sambungnya lagi.

MODE01_Mechamato_Comingto_Portugal

(Submitted Photo • Monsta – Free to use.)

Dengan menggunakan Bandar Hilir di Melaka sebagai sumber inspirasi, siri Mechamato mempamerkan kawasan bersejarah sebagai tema lokasi mereka. “Kami harap penonton muda di Portugal dan juga diseluruh dunia sedikit sebanyak akan dapat belajar tentang sejarah dan budaya yang kita warisi suatu ketika dahulu hingga kini.”

MODE02_Mechamato_Comingto_Portugal

Selain Portugal, siri ini juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran Cartoon Network Asia Pasifik termasuk di Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Australia dan New Zealand. Mechamato The Animated Series ini turut dialih suara ke bahasa Inggeris, Mandarin, Kantonis, Korea, Jepun, Thai, dan Vietnam. Penerimaannya di laman sosial terutama sekali di Twitter telah meraih sambutan luar biasa apabila pelbagai ciapan dari pelbagai negara turut berkongsi pendapat dan reaksi masing-masing mengenai siri ini dengan menggunakan tanda pagar #Mechamato.

Siri animasi Mechamato kini dapat disaksikan menerusi saluran tempatan Astro Prima setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam selain di Cartoon Network, HBO GO dan Astro GO. Tidak berhenti disitu sahaja, siri ini akan muncul tidak lama lagi di beberapa lagi platform penstriman lain yang pasti membuat para penonton teruja.

Turut dinantikan adalah kemunculan Mechamato Movie pada bulan Disember ini di pawagam Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.

MECHAMATO THE ANIMATED SERIES di Portugal.

1.  VIDEO Facebook Mechamato: https://fb.watch/ey0ahByYJg/
2.  Facebook Mechamato: Mechamato Lands in Portugal
3. Twitter Mechamato:Promo Video of Mechamato in Portugese
4. VIDEO Facebook SIK K: https://fb.watch/exERrxdxpe/
5. Facebook Nizam Abd Razak (CEO Monsta): Mechamato di saluran popular Portugal
6. VIDEO Facebook Nizam Abd Razak (CEO Monsta): Siri Mechamato alih bahasa Portugis  

Mengenai Monsta:

Monsta adalah syarikat harta intelek dan watak yang telah menghasilkan pelbagai siri animasi, filem dan  produk pengguna dalam masa lebih dari sedekad. Syarikat ini dikenali dengan francais animasi popular  BoBoiBoy, Papa Pipi, siri pelancongan Fly With Yaya, dan juga siri animasi akan datang yang amat  dinantikan iaitu Mechamato. BoBoiBoy merupakan satu kejayaan luar biasa di rantau Asia, dengan lebih  6 bilion tontonan di YouTube sehingga hari ini.

Laman Facebook Rasmi:
1. https://www.facebook.com/mechamato

2. https://www.facebook.com/officialmonstastudios/

3. https://www.facebook.com/BoBoiBoy/

Laman Youtube Rasmi:
1. https://www.youtube.com/user/monsta
2. MECHAMATO MOVIE | OFFICIAL POSTER REVEAL | 2022

Laman Instagram Rasmi:
1. https://www.instagram.com/mechamato/

2. https://www.instagram.com/monsta.official/

3. https://www.instagram.com/boboiboy/

Laman Twitter Rasmi:
1. https://twitter.com/mechamato

2. https://twitter.com/MonstaOfficial_

3. https://twitter.com/BoBoiBoy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALIFF BELLA

Bella Astillah Bergabung Dengan Aliff Aziz Dalam Single TETAP DI SINI

Mengapa Galaxy A73 5G Menjadi Pilihan Jurugambar dan Juruvideo Travel