in , ,

Bella Astillah Bergabung Dengan Aliff Aziz Dalam Single TETAP DI SINI

Kisah pasangan suami isteri ini, Bella Astillah dan Aliff Aziz sentiasa menjadi sorotan media. Malah, keintiman dan kemesraan dicipta membuatkan seluruh peminat mereka turut jatuh cinta.

Episod kelam dilalui menjadi pengalaman paling berharga dan pelajaran terbesar dalam diri mereka. Enggan menoleh ke belakang lagi, jalan lurus di depan mata terbentang luas buat mereka untuk menikmati detik indah bersama.

Percaya dengan setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya, Bella dan Aliff kian merasai setiap kurniaan Allah SWT kepada mereka. Berikrar untuk terus bersama, telus mencintai dan menghargai pasangan, Bella dan Aliff terjemahkan dalam single TETAP DI SINI.

Lagu ciptaan Mingaling, Amir Hasan, Ezra Kairo dan Roysten serta lirik oleh Amir Hasan, Ezra Kairo, Roysten, Bella Astillah dan juga Aliff Aziz itu buat pertama kali menampilkan Bella juga pelakon berkolaborasi dengan suami tercinta.

Menariknya, lagu TETAP DI SINI terbitan Universal Music Malaysia bakal dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai ini.

Bella, 28, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, lagu TETAP DISINI cukup dekat dengan apa yang dirasai dan dilalui kini.

“Ketika proses penulisan lagu, alhamdulillah saya dan Aliff diberi kesempatan untuk menulis lirik juga dalam lagu ini. Perasan tentu saja gembira, sebab lagu ini dekat dengan apa yang saya rasa sekarang.

“Lagu ini lebih kepada ‘move on’ jangan fikir apa yang sudah pernah terjadi tapi lebih menghargai dengan apa yang ada sekarang,” katanya.

Menurut Bella juga pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh, sewaktu proses rakaman lagu TETAP DI SINI dia ditemani suaminya, Aliff. 

“Proses rakaman sangat mudah, alhamdulillah. Sebab Aliff menemani dari awal sehingga tamat rakaman. Dan sebab lagu ni sangat ‘catchy’ jadi mudah untuk saya sampaikan dan lebih ‘fun’.

“Dalam masa sama, ketika merakamkan lagu ini ada juga cabaran dilalui apabila saya dan Aliff ada pandangan yang berbeza. Jadi, kami perlu berbincang sebaiknya bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Tapi, segalanya okay saja,” katanya.

Bella yang kali terakhir merakamkan lagu Tenang pada 2020 meluahkan rasa syukur dan bertuah apabila dapat bekerjasama dengan ramai individu yang berbakat dan profesional.

“Sepanjang proses rakaman dan menyiapkan lagu ini, saya bersyukur kerana setiap individu yang terbabit sangat mudah untuk bekerjasama dan ‘talented’. Sekaligus menjadikan penghasilan lagu ini lancar.

“Harapan saya semoga lagu ni mendapat tempat dalam kalangan peminat dan pendengar kerana ini lagu pertama yang saya ‘feat’ dengan Aliff. Dan kebanyakan lirik memang ikhlas dari hati saya. Insya-Allah.

“Saya juga tidak sabar untuk mengetahui maklum balas daripada pendengar apabila lagu ini dilancarkan kelak. Saya terbuka dan setiap komen yang membina itu saya ambil dan jadikan rujukan pada masa akan datang,” katanya.

Mengenai video muzik (MV) TETAP DI SINI, Bella berkata ia dalam perancangan dan tidak mahu terburu-buru.

“Insya-Allah, video muzik memang ada tapi sebab masa kurang mengizinkan, kita tengah usahakan untuk buat MV secepat yang mungkin,” katanya.

TETAP DISINI boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala lirik video oleh ditonton di laman YouTube Universal Music Malaysia bermula dari 6 JULAI 2022.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anis Nabilah

Tahniah! Chef Selebriti Anis Nabilah Menang Dua Anugerah Di Sweden

Trending Huawei | 18

Mechamato Mendunia! Setelah Ke Korea, Kini Siri Ini Mengembara Ke Portugal!