in ,

Gambar Md Zhafran Lamar Fouziah Gous Atas Helikopter

[dropcap]S[/dropcap]etelah kisah cintanya dengan Md Zhafran Md Yusof mendapat perhatian umum beberapa bulan lalu, hari ini, pelakon cantik, Fouziah Gous mengumumkan khabar gembira di mana dirinya sudah dilamar oleh kekasih hatinya dan bakal bertunang, Sabtu ini.

fouziah gous

Menurut laman mikro Twitter pasangan ini, Fouziah dilamar dengan cara istimewa serta menaiki helikopter, Sabtu lalu.

“Di Lapangan Terbang Subang. Akan terbang tinggi dan tinggi dengan Zhafran,” tulisnya pada jam 9.46 pagi.

Pagi ini, Fouziah berkongsi gambar di Instagram miliknya dengan menulis kapsyen berbunyi, “This lady just got proposed. Will you marry me…thanks for the sweetest memories.”

Majlis pertunangan Fouziah Gous & Md Zhafran akan diadakan pada hari Sabtu ini (1 Jun 2013) jam 8 malam di satu lokasi yang sangat istimewa iaitu di Bora Asmara, Sungai Penchala dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak.

Fouziah dan Zhaf berkenalan melalui adik kepada kakak ipar Fouziah yang juga kawan rapatnya lebih setahun lalu. Budiey doakan semoga majlis pertunangan Fouziah Gous dan Zhaf akan berlangsung dengan lancar. Selamat bertunang buat mu, Fouziah. Amin.

Kredit Photo: @FouziahGous

Fouziah Gous

Fouziah Gous

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mahkamah Tangguh Permohonan Jimmy Penjarakan Isteri

Kuasa Sebenar Nissan 4×4 Diuji di Jurassix Park 2013 Miri