Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

McDonald’s Perkenal McDonald’s Brekkie WrapTM

McDonald’s Brekkie WrapTM BARU yang telah diperkenalkan di semua restoran sarapan McDonald’s pada 5 September 2013 menandakan satu lagi perkara yang baru untuk rakyat Malaysia. Menawarkan kemudahan “Grab-‘n-Go” dan senang dinikmati, menu sarapan yang baru ini merupakan respons kami kepada trend “on-the-go” ketika menikmati sarapan.

McDonald’s Memperkenalkan Pengalaman Sarapan Baru dengan McDonald’s Brekkie WrapTM

“McDonald’s sentiasa merevolusi cara makan dan minum pelanggan-pelanggan dengan menawarkan menu ikonik yang sesuai dengan citarasa dan gaya hidup rakyat Malaysia. Dengan perkembangan portfolio ini, kami bakal memperkukuhkan lagi kedudukan di dalam pasaran hidangan sarapan sambil mengekalkan kedudukan sebagai peneraju industri restoran khidmat cepat. Hari ini, kami meneruskan aspirasi tersebut dengan memperkenalkan tawaran baru iaitu Brekkie WrapTM,” jelas Stephen Chew, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

Hidangan sarapan yang dibalut dengan tortilla gandum penuh selebar 6 inci ini boleh didapati dalam dua pilihan lazat. Disertakan dengan telur hancur yang gebu dari telur-telur segar daripada ladang dengan sekeping keju berprotein tinggi yang dicairkan sedikit untuk memberi lebih nikmat kepada tunas rasa anda, para pelanggan boleh memilih antara sosej ayam yang dipanggang atau kepingan ayam salai .

McDonald’s Brekkie WrapTM boleh didapati melalui Weekday Breakfast Special dari RM 4.00 dan disertakan dengan McDonald’sR Premium Roast CoffeeTM. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/My.McDonalds

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version