in

Maxis Lancar Finder301

Pada 16 Julai lalu, Budiey telah hadir di Sultan Lounge, Mandarin Oriental Hotel untuk menyaksikan pelancaran FINDER 301 dari Maxis.

Finder 301 ditawarkan untuk pelanggan Maxis menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan boleh diakses menggunakan telefon bimbit asas serta telefon pintar seperti iPhone dan telefon Android. Buat masa ini ditawarkan kepada pelanggan direktori makanan terbesar Malaysia dengan lebih 12,000 senarai premis makanan, tetapi secara beransur kandungannya ditambah dan diperkemas.

Maxis Berhad menjangkakan perkhidmatan kandungan mudah alih terbarunya, FINDER301 akan membantunya mencapai sasaran meningkatkan sumbangan segmen perkhidmatan bukan suara kepada keseluruhan pendapatannya kepada 50 peratus menjelang 2012 daripada hanya 36 peratus sekarang.

Naib Presiden serta Ketua Produk dan Inovasinya, T Kugan, berkata FINDER301 yang diperkenalkan Ogos tahun lalu menduduki senarai lima teratas dari segi sambutan pelanggan terhadap perkhidmatan bukan suara syarikat itu.

Katanya, ia juga dipilih sebagai peserta akhir pada Anugerah Forum Hiburan Mudah Alih 2010 dalam kategori Inovasi Mudah Alih Pertama.

“Perkhidmatan direktori ini juga akan dikembangkan dengan memuatkan senarai perkhidmatan penting lain seperti kecemasan, klinik, balai polis serta produk perniagaan penting seperti bank,” katanya selepas majlis pelancaran FINDER301 di Kuala Lumpur, semalam.

Kugan berkata, setakat Jun lalu, kira-kira 34 peratus daripada 1.5 juta pelanggan data mudah alih aktif syarikat melakukan 3.7 juta pencarian membabitkan pelbagai kategori.

Beliau berkata, perkhidmatan FINDER301 itu tidak mengenakan caj premium atau pendaftaran untuk mengakses direktori, sebaliknya hanya dikenakan caj normal SMS atau caj data.

“Perkhidmatan ini sangat mudah untuk digunakan yang mana pelanggan hanya perlu menaip kata kunci seperti makanan atau bank dalam bentuk mesej SMS dan hantar kepada 301,” katanya.

Maxis adalah penyedia perkhidmatan komunikasi pertama di dunia yang menyepadukan teknologi Penambahan Realiti Wikitude dalam aplikasi FINDER301 yang diperkenalkannya itu untuk iPhone dan telefon Android yang membolehkan pengguna menggunakan kamera telefon mereka bagi melihat apa yang terdapat di sekitar mereka dengan hanya menghalakan kamera telefonnya dalam pusingan 360 darjah.

Maxis mempunyai 12.7 juta pelanggan mudah alih.

Dihoskan oleh hos Jomheboh Booth Maxis, Kish Vin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jimmy Shanley Jadi Pengacara Program Itu Dia

Adi Putra, Almy Nadia Bintangi Drama Tetamu Malam