Jimmy Shanley Jadi Pengacara Program Itu Dia

Sekarang ni lepas satu, satu program baru ditayangkan di Astro RIa. Selepas Kata Kau, ada satu lagi program yang akan menemui penonton. Nama program pun agak catchy dan selalu kita dengar.

”ITU DIA” ialah sebuah program hiburan bercorak permainan baru di Astro RIA yang membabitkan sekumpulan selebriti terpilih mingguan mengharungi ’bilik-bilik’ yang memberi situasi yang pelbagai.

Setiap peserta dikehendaki memasuki tiga jenis bilik yang berlainan dan melakukan lakonan spontan berdasarkan situasi yang diberi.

Pengacara terkenal, Jimmy Shanley bakal mengemudikan program terbaru ini. Pada rakaman yang akan dibuat pada 22 Julai ini, Adibah Noor, Kuman dan Syanie akan bergabung tenaga dan menggamatkan suasana.

4345011960 Cd13844F27 O | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Luna Maya Nafi Buang Tatoo

Maxis Lancar Finder301