in

Hamil Anak Pertama, Kylie Jenner Tayang Baby Bump

Model dan personaliti TV, Kylie Jenner, 20, dilaporkan hamil anak pertama dengan teman lelakinya, Travis Scott. Kylie yang juga merupakan adik selebriti popular, Kim Kardashian itu juga mula menayangkan ‘baby bump’ menerusi laman sosial Snapchat baru-baru ini.

Walaupun memakai baju ‘t-shirt’ bersaiz besar berwarna hitam namun bentuk perutnya tetap kelihatan. Menurut laporan majalah People, pasangan itu bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada Februari depan.

“Mereka mula memberitahu berita gembira itu kepada rakan-rakan beberapa minggu yang lalu.

“Malah, keluarga mereka juga sudah pun mengetahui tentang berita kehamilan itu. Pasangan itu juga begitu teruja dan tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

“Mereke semua begitu gembira dan ini merupakan perkara paling terindah dalam hidupnya,” ujar sumber.

Foto: US Magazine / JustJared

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

hurr.tv Anjur Pertandingan BAKAT OHSEM MALAYSIA dengan Hadiah Utama RM100,000

Mawi & Raqib Antara Penyampai di Stesen Radio Terbaru Astro #IndahdiHati