in

Mawi & Filsuf Lancar Single SAHABAT DALAM TUBUH

Mawi World – Mawi Forever, ramai yang kini beranggapan bahawa populariti Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi sudah sampai ke penghujungnya, namun kenyataan itu bakal disangkal kerana sekali lagi auranya bakal disentuh dan dipercayai bakal mengusik kembali minat dan sejurus menaikkan semula namanya di persada seni dengan pengeluaran single terbaru darinya dan Filsuf iaitu ‘Sahabat Dalam Tubuh’.

Pemenang tiga kali berturut-turut Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (2005-2007) ini menyifatkan muzik yang dibawanya lebih ke arah simbol ketuhanan dan memuja keindahan Illahi dan sering mendapat perhatian pendengar muzik tanah air. Lagu-lagu yang berirama ‘theatrical’ dan bait bait lirik lebih ke arah imej ketuhanan dan mengingati sesama manusia membuatkan lagi setiap single dikeluarkannya dinantikan oleh peminat muzik tanah air.

 photo Filsuf 2.jpg

Antara kejayaan single yang diraih olehnya dapat dilihat melalui lagu ‘Al-Haq…Yang Satu’ gandingan hebat Mawi dan Dato’ Ac Mizal dan single ‘Hambamu’ yang menjadi lagu tema untuk program TV ‘Imam Muda’ merupakan gandingan mantap antara Mawi dan Akhil Hayy.

Single terbaru ‘Sahabat Dalam Tubuh’ mampu mendapat sambutan yang hangat seperti mana kejayaan yang diraih dengan single Al’Nuraa. ‘Sahabat Dalam Tubuh’ ini merupakan hasil ciptaan bersama antara Mawi dan Daly Filsuf.

Fadali Mohd. Darif atau lebih dikenali sebagai Daly merupakan salah seorang ahli kumpulan hip-hop terkenal tanah air, Ahli Fiqir. Masih mengekalkan imej Ahli Fiqir, tapi kini lebih selesa dengan membawa nama Filsuf yang juga memberi maksud ‘Ahli Fikir’ dalam perkataan Arab. Kehebatan kumpulan Ahli Fikir ini tidak dapat disangkal lagi apabila mereka dinobatkan sebagai pemenang Artis Singapura Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2006.

Bagi mempromosi lagu ‘Sahabat Dalam Tubuh’, sebuah muzik video telah diterbitkan. Muzik video yang berdurasi 5.01 minit itu dirakamkan di negara yang ratanya dihuni oleh penduduk beragama Islam iaitu Jordan dan Palestin. Istimewanya untuk single kali ini, kelainan yang dibawa oleh Mawi dengan mempamerkan bakat terpendam beliau dalam bidang ‘rapping’. Ini merupakan kolaborasi kedua mereka selepas single bersama bertajuk ‘Al’Nuraa’.

Khas buat peminat yang merindui nyanyian dari Mawi dan Filsuf dan ingin melihat gandingan istimewa mereka, terima lah lagu ‘Sahabat Dalam Tubuh’ yang juga sudah boleh saksikan muzik video rasmi mereka di sini.

Lagu ‘Sahabat Dalam Tubuh’ ini merupakan satu lagi edaran Warner Music (M) Sdn Bhd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri KELUARGA PONTIMAU?

Rahim Razali Hidupkan Watak Osman Baku Musim Ke-3