in ,

Mawi Bagi Amaran Buat Peminat Filem MUNAFIK 2

Belum lagi ditayangkan di pawagam pada 30 Ogos ini, filem seram arahan Syamsul Yusof mendapat perhatian daripada Mawi. Hari ini, penyampai radio Zayan itu telah meletakkan poster filem MUNAFIK 2 di Instagram milik beliau dengan caption yang agak membuatkan kita rasa takut jugak nak tengok filem ini di pawagam. Haha.

Mawi merupakan penyanyi untuk lagu tema filem ini berjudul KERANA DUNIA hasil ciptaan Syamsul dan lirik ditulis bersama sepupunya, Anwar Faizal.

Munafik 2

Ibu mengandung,pesakit jantung,pesakit depresi & kekeliruan jantina dinasihatkan jangan menonton filem ini. Tapi kalau korang nak tengok juga,takde siapa boleh halang. Silakan…Ni nasihat je.Tak nak dengar ya sudah.Ok bye !

Menurut Syamsul, filem yang ke-10 arahannya itu menelan belanja RM2.8 juta lebih seram selain memaparkan lebih banyak eleman islamik dan dakwah berbanding Munafik yang dulunya ditayangkan sekitar tahun 2016.

Filem MUNAFIK 2 adalah kesinambungan daripada filem Munafik. Kali ini Syamsul memberikan jawapan dan banyak perkara yang dikupas. Yang penting, ia bukan sebuah filem seram semata-mata kerana ia menitik beratkan nilai dakwah dan diinspirasikan daripada kisah Nabi dan negara Islam yang ditindas.

MUNAFIK 2 akan ditayangkan juga di Indonesia seminggu selepas ditayangkan di Malaysia… manakala, Singapura dan Brunei secara serentak.

Filem ini cukup dinantikan sehingga membuatkan 130 panggung terpaksa dibuka untuk memberi laluan untuk filem ini ditonton oleh pengikut setia.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amy Search Reda Isteri Keguguran

Khai Bahar Ada Sebab Mahu Berlumba dalam Toyota Gazoo Racing Malaysia