in ,

Amy Search Reda Isteri Keguguran

“DEGUPAN itu akhirnya terhenti dan hilang,” luah penyanyi legenda rock, Amy Search apabila isterinya, Norhasniza Hassan atau Nourish mengalami keguguran, Isnin lalu.

Berita sedih yang menimpa vokalis kumpulan Search itu dikongsikan menerusi rakaman video yang dimuat naik ketika isterinya menjalani pemeriksaan doktor di laman Instagramnya.

amy_2

Kata Amy, dia reda dengan dugaan itu dan berharap ada sinar baru yang bakal mewarnai harinya.

“Moga kami semua reda dengan dugaan ini. Pasti dugaan itu datang bersama keindahan apabila bersabar, dan berbesar hati menerima ketentuan takdir,” tulisnya.

Menurut Amy, selepas isterinya mengalami keguguran tiada lagi cerita bayi yang bakal menemani hari anak-anaknya.

“Alex, Sania dan Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini. Qaqa menangis teresak-esak. Kini, tiada lagi cerita bayi yang bakal menemani mereka nanti,” tulisnya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk menghubungi Noursih menerusi aplikasi WhatsApp tidak berjaya.

Amy dan Nourish mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9.

Amy juga mempunyai dua lagi anak, Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama dengan Faridah Fadzil, dan Irisha Myra, 21, menerusi perkahwinan ketiganya bersama Roslisa Ahmad. – Mymetro

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Justin Bieber Bertunang Anak Aktor Baldwin

Mawi Bagi Amaran Buat Peminat Filem MUNAFIK 2