in ,

Mawar Rashid Selamat Diijabkabul Pilih Raf Yaakob Sebagai Suami

Selamat Pengantin Baru dan jutaan TAHNIAH diucapkan buat pasangan, Mawar Rashid dan Raf Yaakob yang telah selamat diijabkabul dengan sekali lafaz sekitar jam 3.20 petang, sebentar tadi, iaitu 9 November 2017.

Majlis perkahwinan yang memperlihatkan pasangan mempelai itu tampil dengan tema Jawa telah berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Upacara gilang gemilang dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Mawar Rashid Selamat Diijabkabul Pilih Raf Yaakob Sebagai Suami

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dinikahkan oleh Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar iaitu Mohamad Azri Ahmad Kamil.

Bekas peserta Dewi Remaja 2015 ini telah menerima mas kawin sebanyak RM900 dan sejumlah wang hantaran daripada pemilik nama sebenar, Raden Ahmad Faizal Yaakob.

Bagaimanapun, wang hantaran tersebut dirahsiakan jumlahnya oleh pasangan sama cantik sama padan ini.

Mawar Rashid Selamat Diijabkabul Pilih Raf Yaakob Sebagai Suami

Dalam pada itu, pelakon berusia 22 tahun ini turut menyerahkan sembilan dulang hantaran manakala dibalas tujuh oleh pengantin lelaki.

Memetik Mstar Online, kelihatan raut wajah pasangan ini menghela nafas lega apabila segala urusan berjalan lancar seperti dirancang.

“Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan ia hari paling bahagia buat kami berdua. Doa saya agar perkahwinan ini diberkati dan akan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.

Mawar Rashid Selamat Diijabkabul Pilih Raf Yaakob Sebagai Suami

Alhamdulillah….Semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke Jannah!

Sama-sama kita doakan agar pasangan ini terus ditemani sinar kebahagian hingga akhir hayat.

Mawar Rashid Selamat Diijabkabul Pilih Raf Yaakob Sebagai Suami

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Realisasikan Impian Pelajar Orang Asli untuk Terbang

Happikiddo Anjur Baby Shower Hanis Zalikha