in ,

Happikiddo Anjur Baby Shower Hanis Zalikha

Happikiddo sebuah kedai bayi berkonsep, sekali lagi menganjurkan ‘Baby Shower” khas buat pelanggan-pelanggannya. Acara tahunan yang diadakan buat kali kedua ini menyaksikan lebih dari 100 ibu bapa berkumpul di kedai cawangan terbesarnya di Quill City Mall untuk sama-sama bergembira dan memanjakan diri. Turut hadir pada acara tahun ini merupakan model dan selebriti terkenal, Hanis Zalikha.

Happikiddo Anjur Baby Shower Hanis Zalikha

Happikido Anjurkan Baby Shower Mega Menampilkan ibu selebriti dan model, Hanis Zalikha

Ibu-ibu hamil berkumpul untuk berkongsi momen dan mengeratkan lagi perhubungan disamping menyertai permainan dan aktiviti di mana hadiah cabutan bertuah bernilai RM30,000 diberikan kepada peserta. Hanis Zalikha turut disertai oleh rakan-rakan selebritinya iaitu Nad Zainal dan Liyana Jasmay untuk meraikan kehamilan dan memperingati perjalanan indah bergelar ibu.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Happikiddo, Elaine Chew, pemahaman tentang ‘Baby Shower’ kerap disalah anggap sebagai proses memandikan bayi dalam sebuah acara.

“Baby Shower’ merupakan acara tradisi yang lazim dalam pelbagai kebudayaan, di mana seorang ibu mengandung diberi perhatian dan diraikan oleh kawan-kawan dan keluarganya melalui sebuah acara. Ini adalah cara yang bermakna untuk menandakan transformasi wanita tersebut menjadi seorang ibu,” kata Chew.

‘Baby Shower’ menawarkan nasihat buat ibu bapa serta tips buat bakal ibu bapa. Malah Hanis Zalikha akan turut berkongsi nasihat buat bakal ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata. Sesi ini juga menyediakan panduan tentang persiapan kedatangan bayi oleh Happikido.

Chew menambah: “Kehamilan merupakan pengalaman istimewa dalam kehidupan setiap wanita. Kami berbangga untuk berkongsi kegembiraan mereka dengan menjadi sebahagian dari perjalanan mereka menuju ‘Baby Wonderland’. Malah sebagai ibu juga, kami berasa bangga dan terhormat untuk berkongsi pengalaman ini bersama mereka dengan menawarkan produk bayi yang berkualiti dan praktikal serta ditambah dengan pelbagai lagi faedah pada nilai yang lebih baik. ”

Happikiddo berusaha untuk menjadi hos untuk acara ‘Baby Shower’ buat ibu bapa pada setiap tahun dan berharap dapat memperluaskan acara ini ke negeri-negeri lain seperti Johor dan Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Bersempena dengan acara Baby Shower ini, Happikiddo turut melebarkan sayap perkhidmatan hadiahnya untuk memenuhi permintaan pemberian hadiah secara peribadi. Dinamakan sebagai ‘Happikiddo Gifts’, anak syarikat ini bekerjasama dengan pihak Flores KL untuk menawarkan bakul berisi bunga dan hadiah kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang. Harga untuk bakul hadiah tersebut bermula dari RM299.

Happikiddo menawarkan lebih dari 100 jenama antarabangsa dengan lebih daripada 10,000 produk yang merangkumi segala keperluan ibu bapa dan bakal ibu bapa di bawah satu bumbung. Dari makanan bayi, permainan pendidikan, makanan penting dan peralatan mandian, pakaian, buku dan perabot nurseri, Happikiddo menawarkan penyelesaian untuk ibu bapa dengan menawarkan barangan yang paling selamat dan berkualiti tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Happikiddo, lawati www.happikiddo.com

Happikiddo Anjur Baby Shower Hanis Zalikha

Happikiddo Anjur Baby Shower Hanis Zalikha

Happikiddo Anjur Baby Shower Hanis Zalikha

Happikiddo Anjur Baby Shower Hanis Zalikha

Happikiddo Anjur Baby Shower Hanis Zalikha

Happikiddo Anjur Baby Shower Hanis Zalikha

Happikiddo Anjur Baby Shower Hanis Zalikha

Happikiddo Anjur Baby Shower Hanis Zalikha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawar Rashid Selamat Diijabkabul Pilih Raf Yaakob Sebagai Suami

Video Show Zizan Razak & Azira Shafinaz di ASK17 Trending di Youtube Malaysia