in

MasterChef Malaysia Bakal Umum Senarai Juri

Seperti yang telah diumumkan dalam majlis sidang media yang lepas, pihak Astro akan membawakan sebuah program realiti masakan yang telah mencetuskan fenomena di kalangan penonton di seluruh dunia, MasterChef Malaysia khusus buat para penonton yang bakal bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) pada 1 Oktober kelak.

MasterChef Malaysia merupakan sebuah program realiti masakan yang memberikan inspirasi dan peluang kepada chef baru mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan. Program ini juga akan membuka ruang kepada para chef untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.

Minggu depan MasterChef Malaysia akan mengumuman barisan juri yang mengadili program ini. Turut hadir sewaktu majlis ini kelak ialah barisan juri yang terdiri daripada chef-chef yang cukup disegani dalam bidang masakan di negara kita yang bakal terlibat untuk menjayakan program MasterChef Malaysia kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Zero Rempit Pertiga Pulau Pinang

Drama Soffiya