in ,

Karnival Zero Rempit Pertiga Pulau Pinang

Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) adalah sebuah NGO yang berteraskan Islam yang menjalankan kegiatan/aktiviti amal dan kebajikan kepada masyarakat dan ahli ahli. Salah satu aktiviti yang sedang dirancang adalah Karnival Zero Rempit Bersama Farid Kamil yang akan diadakan seperti berikut :

Sabtu : 17 September 2011.
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 malam
Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Balik Pulau.

Terdapat lebih daripada 30 buah kiosk diperuntukan :
1. 10 Kiosk untuk Jabatan Kerajaan
2. 20 kiosk untuk agensi swasta

Berbagai aktiviti, kempen dan pameran yang akan dijalankan semasa Karnival.

Selain daripada itu, terdapat beberapa pertandingan, diantaranya :
1. Pertandingan Motosikal tercantik
2. Pertandingan lumba perlahan
3. Pertandingan basikal -track stand
4. Pertandingan basikal – Skip bicycle Drift
5. Pertandingan Karaoke (lagu ketuhanan)
6. Pertandingan Battle of the band (lagu ketuhanan)
7. Cabutan bertuah
8. Lain-lain lagi

Oleh itu Pertiga memerlukan sokongan para artis tanah air untuk mengambil bahagian dalam projek amal ini bagi menarik minat masyarakat untuk mengunjungi Karnival dan seterusnya menjayakan Karnival diatas.

farid Kamil Rempit

ATURCARA KARNIVAL ZERO REMPIT PERTIGA PULAU PINANG BERSAMA FARID KAMIL
DI KOMPLEKS DEWAN PASAR AWAM BALIK PULAU, PULAU PINANG
PADA HARI SABTU 17 SEPTEMBER 2011

08.00 – 10.00 pg Pendaftaran peserta Karnival
10.00 – 11.00 pg Konvoi motosikal dipersekitaran Pekan Balik Pulau bersama dengan Farid Kamil
11.00 – 11.10 pg Ucapan Pengerusi Pertiga Pulau Pinang
11.10 – 11.25 pg Ucapan dan Perasmian Karnival oleh artis Farid Kamil
11.25 – 18.00 ptg Pertandingan motor berhias
Pertandingan lumba lambat motosikal
Pertandingan Basikal Fixed Skip
Pertandingan Basikal Fixed Track Stand
08.00 – 23.45 mlm Kiosk Kempen menderma darah Kementerian Kesihatan
Kiosk jualan cenderahati Pertiga Pulau Pinang
Kiosk ramah mesra dengan artis-artis tanah air (Farid Kamil, Awie dan lain)
Kiosk pameran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)
Kiosk pameran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Kiosk pameran Agensi Dadah Kebangsaan (AADK)
Kiosk pameran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Kiosk Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Kiosk pameran Jabatan Agama Islam (JAIPP)
Kiosk pameran FAMA
Kiosk makanan dan minuman dan lain-lain
10.00 – 18.00 ptg Pertandingan Karaoke (lagu-lagu ketuhanan) pusingan awal
Pertandingan battle of the band (lagu-lagu ketuhanan) pusingan awal
21.15 – 23.45 mlm Pertandingan Karaoke (lagu-lagu ketuhanan) pusingan akhir
Pertandingan battle of the band (lagu-lagu ketuhanan) pusingan akhir
Cabutan Bertuah dan Penyampaian hadiah
23.45 mlm Bersurai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Irama Kenyalang Variasi Lagu-Lagu Etnik Sarawak

MasterChef Malaysia Bakal Umum Senarai Juri