in

Master Chef Sabri Hassa Dalam Jom Rasa TV1

JOM RASA MUSIM 2 KETENGAHKAN SISI LAIN CHEF BERMOTORSIKAL KUASA TINGGI

Cuba menampilkan kelainan dalam persembahan programnya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi program masakan Jom Rasa disiarkan setiap Sabtu, jam 10.31 pagi di TV1 diterbitkan oleh Sukur Ishak dari Unit Majalah & Dokumentasi TV RTM. Menariknya, Jom Rasa menerusi 40 episod di mana pengacaranya membawa penonton menjelajah ke seluruh Malaysia dengan menaiki motorsikal berkuasa tinggi untuk mencari menu yang unik lagi sihat.

4379422336 4Da96A0D1B O | 4

Jom Rasa dikendalikan oleh Master Chef Sabri Hassan yang berpengalaman lebih daripada 25 tahun dalam bidang Food & Beverage. Pernah berkhidmat dengan pelbagai hotel bertaraf antarabangsa antaranya Hilton Kuala Lumpur, Regent Kuala Lumpur, Equatorial Penang, Royal Adelphi, The Summit Subang, Swiss Garden dan Novotel Kuala Lumpur.

Menurut penerbit, Sukur Ishak, Jom Rasa cuba memperlihatkan sisi lain seorang chef yang biasanya bergelumang di dapur memegang senduk dan kuali. Dengan berjaket kulit, berkasut but dan menunggang motorsikal berkuasa tinggi, Jom Rasa cuba lari daripada persepsi masyarakat terhadap golongan chef lelaki yang biasanya dianggap lembut.

Menurutnya lagi, setakat ini belum ada lagi rancangan masakan lain di Malaysia yang menonjolkan konsep chef bermotorsikal besar dan menggunakan dapur mudah alih untuk memasak.

4378668873 2Efb6Cbecc O | 5

Chef Sabri pula amat mementingkan persembahan dan kualiti dalam setiap hidangan yang disediakannya. Malahan dia berpendapat kerjaya sebagai seorang chef bukan calang-calang tanggungjawab malah percaya makanan yang baik menyumbang kepada kejayaan seseorang.

Jom Rasa telah menjelajah merakamkan penggambaran di Cameron Highland, Janda Baik dan Putrajaya juga bakal menjalankan penggambaran di Negeri Sembilan.

Sepanjang berada di Cameron Highland, Chef Sabri sempat bertemu dan memasak bersama rakan lamanya, Chef Francis Felix dari Hotel Equatorial Cameron Highland. Chef Sabri turut meninjau ladang teh, kebun strawberi dan MARDI. Chef Sabri berkesempatan memasak di sana dengan menu ciptaannya sendiri hasil inspirasi tempat yang dikunjunginya.

4378668707 72A09499E5 O | 6

Antara menu berasaskan teh yang dimasak semasa di ladang teh Cameron Bharat Plantations Sdn Bhd adalah Kerabu Ayam Panggang dengan Salsa Teh Strawberi, Ikan Kukus Cendawan dengan Sos Teh Asam Manis dan Jus Campuran Pegaga, Epal dan Saderi. Chef Sabri juga sempat merasai pengalaman mengutip sendiri daun teh setelah mendapat tunjuk ajar oleh pekerja ladang.

Menu yang dimasak di kebun strawberi Big Red Strawberi Farm adalah Salad Ayam Rebus, Strawberi dan Sos Mayonis, Udang Goreng Mentega Strawberi dan Salad Strawberi dengan Yogurt.

Manakala ketika di Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highland, Chef Sabri melawat dan memasak di Laman Dapur dimana sayur-sayuran dijadikan lanskap yang menarik. Menu yang dimasak oleh Chef Sabri di sana adalah Sayur Aloo Ghobee, Sup Broccoli dan Labu Kuning Berkrim Epal Rebus Bersos Coklat dan Caulis Strawberi.

Jangan lupa janji temu anda mencuba resipi masakan menarik dalam Jom Rasa pada setiap Sabtu, jam 10.31 pagi di TV1.

4379422336 4Da96A0D1B O | 4

4378669195 7Bc68C9813 O | 8

4379423118 241F348B9E O | 9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sheera Iskandar Pelakon Drama Halimah Jongang & Siong

Tiz Zaqyah Nafi Minum Arak, Mengaku Pernah Ke Kelab Hiburan