in , ,

Mash Up Edisi Ramadan Bersama Raihan Amir Jahari

Setelah bersiaran secara eksklusifnya buat kali pertama di frekuensi Hot FM pada 24 April lalu dengan penampilan istimewa Akim dan Stacy diikuti dengan Awi Rafael bergabung dengan ALtimet pada Mei lalu, kini Mash Up Hot FM membawakan kumpulan nasyid terkenal tanahair, Raihan serta artis muda berbakat besar, Ami Jahari.

Gandingan kali ini cukup serasi dan amat bersesuaian dengan kehadiran bulan Ramadan di mana seleksi lagu nasyid dan kontemporari oleh mereka bakal diperdengarkan dalam alunan yang berlainan. Susunan lagu yang diberikan nafas baharu adalah :

1. Iman Mutiara + Selalu Ada

2. Demi Masa + Tanpamu

3. Sesungguhnya + Aku Juga Manusia

Sebagai pengisian signatur, Mash Up Hot FM bukan sahaja boleh didengari bermula jam 8pagi pada 25 June 2015, malah turut diperdengarkan sepanjang hari melalui segmen yang lain.
Selaln itu, pendengar juga boleh melayari laman youtube Hot FM untuk menonton klip video Mash Up Hot FM tersebut.

Mash Up Edisi Ramadan Bersama Rabbani & Amir Jahari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Tiket Konsert SUARA HATI AFGAN

Cara Letak Nama Sendiri di Tin Coca-Cola