in , ,

Kemaskini iOS 15.1, iPadOS 15.1, watchOS 8.1, tvOS 15.1 & macOS Monterey Bermula 25 Oktober ini

Kemas kini perisian bagi iOS 15.1, iPadOS 15.1, watchOS 8.1, tvOS 15.1 dan macOS Monterey sedia untuk dikemaskini bermula 25 Oktober ini. Jangan lupa kemaskini untuk paparan dan ciri-ciri terkini yang lebih segar dan lawa!

Apple baru-baru ini telah mengadakan acara rasmi yang diberi nama Unleashed. Dalam pelancaran tersebut terdapat beberapa produk dan perisian yang telah mendapat sentuhan baharu. Kemas kini perisian bagi iOS 15.1, iPadOS 15.1, watchOS 8.1, tvOS 15.1 dan macOS Monterey sedia untuk dikemaskini bermula 25 Oktober ini. 

Kemaskini iOS 15.1, iPadOS 15.1, watchOS 8.1, tvOS 15.1 & macOS Monterey Bermula 25 Oktober ini

Airpods 3 terbaru merupakan salah sebuah peranti yang diumumkan hari ini yang kebetulan akan dihantar ke pelanggan (bagi yang telah membuat pra-tempahan) sehari selepas pelancaran kemas kininya pada 26 Oktober.

macOS Monterey juga merupakan perisian yang akan mengoptimukan ciri yang terdapat pada MacBook Pro 14 inci dan 16 inci. Peranti ini menggunakan cipset M1 Pro dan M1 Max yang terbaru dan sampai ke pelanggan pada 26 Oktober juga.

Kemaskini iOS 15.1, iPadOS 15.1, watchOS 8.1, tvOS 15.1 & macOS Monterey Bermula 25 Oktober ini

iOS 15.1 diharapkan mempunyai sokongan untuk SharePlay yang berfungsi ketika menonton dan mendengar streaming dengan rakan anda menggunakan FaceTime.

Selain itu, sokongan video ProRes dan penambahan dokumen vaksinasi COVID-19 ke aplikasi Wallet menjadikan iOS 15.1 menarik untuk dikemaskini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV AlHijrah Teruskan Misi Bantuan Buat PKS Dalam Program Bincang Niaga Keluarga Malaysia

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love And Thunder, Black Panther 2 & Banyak Lagi