in

Marlon Lancar Single Pertama BERANI

Bermula pada tahun 2008, Mailin Antikoh atau nama gelarannya ‘Marlon’ mula menceburi bidang seni dengan menyertai sebuah rancangan realiti TV, ‘GANGSTARZ’ bersama rakan-rakannya dalam kumpulan yang bernama ‘EVOKE’.

Kerana kemampuannya yang boleh menyanyi sambil menari pada masa yang sama, pada tahun 2009, Marlon telah dilamar sebagai artis naungan ‘AICO EMPIRE GROUP’ untuk menyertai sebuah lagi kumpulan iaitu ‘B.A.D BOYZ’ yang turut di anggotai oleh Yandy, Ryan dan Chaq.

Marlon

Mereka telah menghasilkan sebuah mini album yang mempunyai 3 buah lagu di dalamnya seperti ‘Pacar Pisau Cukur’, ‘Bila Kau Tiada’ dan ‘Sayangku Janji’.

Sikap Marlon yang rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa telah membuatkan dia sekali dijemput untuk menyertai satu lagi kumpulan yang diberi nama ‘VIP’ yang turut di anggotai oleh Adam, Fadlan, Yandy dan juga Ryan dibawah naugan KRU MUSIC & AICO EMPIRE GROUP.

Bersama `VIP’ mempunyai 3 lagu iaitu `Kemarau’,`Selamanya’ dan lagu hit `Lagu Sedih”. Marlon bukan saja boleh bernyanyi dalam Bahasa Malaysia tetapi juga dalam Bahasa English, Korea, Thailand, Murut dan juga Bajau dengan baik.

Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam industri muzik tanahair, Marlon yang mula menari dari usia 14 tahun ini banyak menimba pengalaman. Marlon kini tampil yakin dengan kamampuan dan bakat yang ada dalam dirinya lalu mengambil keputusan untuk bergerak secara solo. Langkah permulaan, Marlon telah berhubung dengan idolanya, iaitu komposer Edry Abd Halim untuk meminta pendapat. Edry Abd Halim telah mencadangkan lagu yang sesuai dengan kemampuan vokalnya dan akhirnya bersama mereka telah memilih lagu ‘Berani’. Marlon telah menyampaikan lagu `Berani’ dengan stail dan gaya penyampaiannya yang tersendiri tanpa dibayangi oleh kumpulan yang pernah dianggotainya sebelum ini.

Lagu `Berani’ ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang sanggup melakukan apa saja yang terbaik untuk kekasihnya kerana takut untuk kehilangan kekasihnya,lalu dia sanggup berkorban demi cintanya pada teman wanita nya. Persis sikapnya yang terlalu mementingkan keluarga.

Pada 28hb Mei 2014, lagu ‘Berani’ telah dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian `You Tube’ KRU Music. Lagu ini juga sudah berada di pasaran melalui i-Tunes sementara nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan telah mula dipasarkan apa tarikh yang sama.

10 Perkara Menarik Tentang Marlon dan Lagu `Berani’

1. Mula belajar menari seawal dari usia 14 tahun.
2. Mula belajar menyanyi dari usia 17 tahun.
3. Berkebolehan menyanyi dan menari dalam masa yang sama.
4. Berkebolehan menyanyi dalam 5 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa English, Korea, Thailand, Murut dan Bajau.
5. Memiliki koleksi topi yang banyak.
6. Seorang yang rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa dan berkeyakinan tinggi.
7. Seorang yang kuat makan dan kemestian menu makanannya adalah sup.
8. `Berani’ merupakan lagu ciptaan komposer Edry Abdul Halim
9. Lagu `Berani’ ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang sanggup melakukan apa saja yang terbaik untuk kekasihnya kerana takut untuk kehilangan kekasihnya.
10. Klip lirik lagu `Berani’ telah dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian `You Tube’ KRU Music pada 28hb Mei 2014.

Marlon

LIRIK BERANI

Artis : Marlon
Lagu & Lirik : Edry Abdul Halim
Publisher : DD Music Sdn Bhd
Hakmilik Rakaman : KRU Music Sdn Bhd

Dari wajahmu dapat ku tahu
Ada sesuatu yang mengganggu
Maafkan ku andai kamu tak merasa ku bersungguh

Aku tak mahu perhubungan kita
Retak setelah sekian lama
Berikan ku masa untuk menyembuh hati yang luka

Cinta amat perlukan kita berdua
Rela saling berkorban untuk bersama
Bersama….

Keranamu tujuh benua kan ku rentasi
Tujuh samudera kan ku selami
Ku harus berani ke dasar pelusuk kalbu

Keranamu aku sanggup terjun tujuh langit
Terus menjunam jatuh ke hati
Ku harus berani..berani kerana takut
Takut hilang kamu

Marlon

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ella Artis Jemputan Konsert Akhir Kilauan Emas 4

Smart Achievers Sahut Cabaran Masa Depan