in

Ella Artis Jemputan Konsert Akhir Kilauan Emas 4

Seminggu ditangguhkan, Siaran Langsung Konsert AKHIR Kilauan Emas Musim 4 yang dijadualkan bakal berlangsung pada minggu lalu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil berikutan pengumuman kemangkatan Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah akhirnya bakal dilangsungkan pada 4 Jun 2014.

Setelah bersiaran selama lima minggu, akhirnya konsert Kilauan Emas yang cukup sinonim dengan tagline Otai Masih Berbisa telah pun sampai ke penghujung. Konsert Kilauan Emas peringkat Separuh Akhir yang bertemakan Permintaan Radio & Duet pada minggu lalu menyaksikan lima finalis lelaki iaitu ZAIN, ARIP, NAS, NORDIN dan BEN berjaya ke pusingan akhir setelah mempamerkan persembahan yang cukup memukau.

Walau bagaimanapun, persembahan yang ditunjukkan oleh tiga peserta otai lagi yang telah terkeluar juga tidak kurang hebatnya dan turut mendapat pujian oleh pihak juri. Namun, mereka terpaksa akur dengan keputusan kerana nasib tidak menyebelahi pihak mereka. Tiga peserta yang terkeluar di peringkat separuh akhir ialah RAIDA atau nama sebenar Zuraidah Binti Mohd Zain, 41 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur, AZIANA atau nama sebenar Aziana Binti Ab Kadir, 46 tahun dari Terengganu serta SILVA atau nama sebenar Selvalingam A/L Munaisamy, 54 tahun dari Melaka.

Siapakah di antara Ben, Nas, Zain, Nordin dan Arip yang bakal dinobatkan sebagai juara sekaligus memikat hati juri? Nantikan juga persembahan istimewa oleh artis jemputan seperti Datuk Ramli Sarip, Firman, Farawahida, Ella, Ziana Zain, Zamani Slam serta ramai lagi. Sama-sama kita saksikan minggu depan.

Ella

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Party Pijamas Hotel Tune KLIA2

Marlon Lancar Single Pertama BERANI