in

Mariah Carey Dikecam Tawaran Menyanyi Di Arab Saudi

Penyanyi Amerika, Mariah Carey ditawar peluang untuk membuat persembahan di Arab Saudi bulan ini dan diterima dengan baik dengan harapan ianya dapat mengurangkan diskriminasi dalam kalangan gender.

Malahan, bintang popular itu juga mahu ia dapat memberi inspirasi dan semangat kepada penonton nanti. Bagaimanapun, tidak semua pihak berpandangan sedemikian.

Keputusan pemenang Anugerah Grammy itu menyebabkan dia dikecam apabila ada aktivis mendesak supaya Mariah membatalkan persembahan yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ini.

Saranan supaya persembahan itu tidak diteruskan bagi memprotes penahanan aktivis wanita di negara itu.

Malahan, ada juga yang mahu penyanyi itu mengambil kira pembunuhan kejam kolumnis The Washington Post, Jamal Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul tahun lalu.

Walaupun lebih terbuka dan mengurangkan larangan terhadap kaum wanita, negara itu bagaimanapun tetap bertindak keras terhadap golongan itu yang memperjuangkan kebebasan.

Loujain al-Hathloul adalah salah seorang aktivis wanita yang ditahan sejak Mei 2018 kerana menuntut hak golongan itu di Arab Saudi.

Sebelum ini, The Washington Post melaporkan, pihak yang tahu situasi aktivis yang dipenjarakan memberitahu, mereka dipukul dan tidur diganggu, malahan, ada sesetengahnya didera.

Pihak yang memperjuangkan hak asasi kemanusiaan juga pernah melaporkan mengenai kejadian penderaan seksual, penderaan dan serangan terhadap penjuang hak wanita dalam tahanan.

Abang Hathloul dalam komentarnya di CNN memberitahu adiknya yang kerap dipukul dan diganggu.

Dia juga berharap Carey dapat mengumumkan supaya adiknya dibebaskan ketika membuat persembahan di pentas.

Bagaimanapun, penyanyi itu enggan membatalkan persembahannya minggu depan.

“Sebagai artis antarabangsa wanita yang akan membuat persembahan di Arab Saudi, Mariah mengiktiraf budaya negara itu dan akan terus menyokong usaha ke arah kesamarataan untuk semua,”

– pegawai publisiti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mahu Sorok Lemak & Perut Buncit, Ikuti 4 Langkah Ini

Jangan Terkejut, Ini Wajah Terbaharu Celine Dion