in , ,

Margasatwa Lancar Kasa Rubia Ciptaan Pertama Setelah Kematian Tony

Lagu Kasa Rubia menjadi kanal untuk meluahkan jiwa, raga, dan air mata mereka, serta menjadi penghormatan kepada penggemar dan peminat di seluruh dunia.

Awal tahun 2024 dunia seni muzik dimeriahkan dengan kehadiran bunyian khas dan unik daripada kumpulan Margasatwa. Single ini menandakan langkah pertama dalam album kedua mereka yang bertajuk “Seribudaya” yang dijadualkan akan dirilis pada pertengahan tahun ini, mengandungi sebanyak 11 lagu. Kasa Rubia menjadi ciptaan pertama setelah kehilangan Allahyarham Tony Alberto, penerbit asal album, yang telah memberi impak besar kepada perjalanan kreatif Margasatwa.

Kimal, anggota kumpulan, berkongsi bahawa perjalanan mencipta lagu ini melibatkan cabaran emosional, termasuk kehilangan orang tersayang sepanjang proses kreatif.

Single ini memperkaya identiti muzik Margasatwa dengan memadukan unsur Pop Klasik dan sentuhan Rock, mencipta karya yang dinamik dan unik. Susunan muzik yang diterbitkan oleh Margasatwa dan Loque, bersama dengan tambahan runut Saxophone dan Perkusi, memberikan keunikan dan keasyikan tersendiri kepada lagu ini. Proses rakaman dilakukan di Makmal Kampung Batu dan diterbitkan oleh Penerbitan Tongkat Sakti.

MARGASATWA

Satu elemen menarik dalam lirik Kasa Rubia adalah keterlibatan unsur tradisional, khususnya Kebaya Nyonya yang diperbuat daripada bahan kasa rubia. Sebagai contoh perpaduan yang jarang ditemui dalam lagu Melayu kontemporari, Margasatwa dengan jelas mencipta satu pengalaman mendalam dengan menyentuh pada warisan budaya.

Apabila ditanya mengenai makna lagu, Kimal memberi kebebasan kepada pendengar untuk menafsirkannya mengikut pemahaman masing-masing. Walau bagaimanapun, beliau turut berkongsi bahawa Kasa Rubia menceritakan tentang cinta dan harmoni, yang pada pendapatnya, merupakan persamaan antara kehidupan dan muzik.

MARGASATWA

“Kehidupan dan muzik punyai persamaan, kedua-duanya perlu kepada harmoni,”

– Kimal

Kasa Rubia, selain boleh didengari di semua platform digital, juga boleh diikuti perkembangan terkini melalui laman sosial dan saluran Youtube rasmi Margasatwa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JASMIN HAMID

“Ada Yang Jijik Tengok Drama Melayu, Jangan Hina Kerjaya Kami,”- Jasmin

Konsert Mega Zikir Terapi di Istana Budaya Berjaya Kumpul Dana RM621,000