in

Manfaatkan Percutian Muzik Hutan Hujan Anda

Aktiviti Agoda yang tidak boleh dilepaskan bagi meningkatkan pengalaman festival Borneo

Ribuan pengunjung festival akan menuju ke nadi rimba Borneo pada 13-15 Julai bagi menikmati irama muzik dunia oleh pemuzik terkenal dari seluruh dunia.

Waterfront Kuching exterior

Di samping festival, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di dalam dan sekitar perkampungan festival di Semenanjung Damai (Santubong), begitu juga di daerah sekitarnya. Berikut adalah beberapa idea daripada Agoda untuk membawa percutian muzikal anda ke tahap seterusnya:

1. Nikmati alam dan budaya

Semenanjung Damai merupakan tempat terletaknya Taman Negara Gunung Santubong dan Kawasan Tanah Lembap Kuching. Tapak Ramsar ini dikenali kerana kepelbagaian hidupan liar dan lokasi kembara denai ekstrem. Peminat alam sekitar pasti seronok melakukan aktiviti kembara denai sehingga ke kaki Gunung Santubong dan meninjau ikan dolfin Irrawaddy, buaya dan kelip-kelip di Tanah Lembap Kuching. Pengembara denai yang serius boleh cuba mendaki gunung hingga ke puncaknya.

Terletak berhampiran ialah Kampung Budaya Sarawak, di sana pelawat boleh menikmati budaya pelbagai kumpulan etnik yang ada di negeri terbesar di Malaysia itu.

Hotel-hotel seperti The Waterfront Hotel menawarkan pilihan bilik yang menarik di pusat bandar raya yang juga di dalam jarak ulang-alik untuk melakukan aktiviti alam sekitar dan kebudayaan.

2. Berkayak di Sungai Semadang

Bagi pelawat yang menyukai aktiviti kembara, cubalah berkayak di sepanjang Sungai Semadang. Aktiviti singkat berkayak selama dua jam dan juga pengembaran sehari penuh boleh dilakukan di sepanjang Sungai Sarawak Kiri. Peminat aktiviti air juga boleh menikmati pemandangan hutan rimba di kedua-dua belah sungai, batu-batuan besar dan pelbagai spesies ikan.
Nikmati pemandangan Sungai Sarawak sepanjang hari dan malam dari Grand Margherita Hotel.

Grand Margherita Hotel (2)

3. Perjalanan mengimbau sejarah silam

Peminat sejarah akan terpersona dengan banyaknya bangunan bersejarah yang dipulihara dengan baik di Kuching. Oleh kerana tempat tarikan terletak di sekitar Tebingan Kuching, ia cukup mudah dijejaki hanya dengan berjalan kaki.

Dari Tebingan Kuching, pengunjung boleh menaiki perahu penambang, untuk menyeberang ke Kubu Margherita, dibina pada 1879, dan The Brooke Gallery yang menempatkan banyak dokumen dan artifak bersejarah. Ke utara sungai tersebut adalah Kampung Melayu tradisional termasuk Kampung Boyan yang terkenal untuk diteroka. Pelawat boleh juga mencuba pelbagai makanan tradisional dan kuih-muih termasuk kuih lapis, yang terkenal.

Tempat-tempat menarik lain termasuk Masjid Kuching atau masjid lama, Muzium Warisan Sarawak, Muzium Warisan Islam dan Muzium Sejarah Cina. Terletak berhampiran ialah pilihan tempat penginapan yang hebat seperti The Ranee Boutique Suites.

Untuk lebih banyak pilihan penginapan sila lawat Agoda.com atau muat turun mobile app.

The Ranee Boutique Suites Room

Sarawak Cultural Village

Kuching Waterfront

Bako National Park Kuching

Mengenai Agoda
Agoda adalah salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian paling pesat berkembang di dunia. Sejak permulaannya sebagai syarikat teknologi yang berpusat di Singapura pada 2005, Agoda telah berkembang bagi menawarkan rangkaian global untuk 1.8 juta hartanah di 228 negara di seluruh dunia, memberi akses mudah kepada pelawat kepada pilihan luas hotel bajet dan mewah, apartmen, rumah dan vila bagi menyesuaikan kepada bajet dan tujuan perjalanan.

Beribu pejabat di Singapura, Agoda adalah sebahagian daripada Booking Holdings (NASDAQ: BKNG) dan mempunyai 3,700 kakitangan di 53 bandar raya di lebih daripada 30 negara. Agoda.com dan aplikasi bergerak Agoda terdapat dalam 38 bahasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Tiada Kredit Selamat Tinggal Sayang, Sufi Maafkan Haqiem

Nilai Kasih Sayang Dalam Telemovie ARAH LAIN KE SYURGA