in ,

MANDATORI Sebuah Lagi Novel Ramlee Awang Murshid Dijadikan Drama Bersiri

Selepas dari kejayaan filem ‘Tombiruo’ yang berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung melebihi RM8 juta baru-baru ini, sebuah lagi karya agung milik ‘Novelis Thriller Nombor Satu Malaysia’, Ramlee Awang Murshid bakal diangkat Astro dan kali ini akan menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif.

aeril-zafrel-mata

Astro dengan kerjasama Ideate Media (penerbit bersama ‘Tombiruo’) kini mengadaptasikan salah satu novel terkemuka milik Ramlee yang berjudul ‘Mandatori’ untuk dijadikan mini siri ‘crime-thriller’ untuk langganan di Astro First Eksklusif saluran 480 dan platform digital ‘on demand’ mulai 14 Disember ini. ‘Mandatori’ yang hadir dalam enam episod ini (berdurasi satu jam setiap satu) diterajui nama-nama hebat seperti Aeril Zafrel, Siti Saleha, Alvin Wong, Iedil Putra, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi, Chew Kin Wah dan ramai lagi.

Novel ‘Mandatori’ merupakan salah satu dari 34 karya tulisan milik Ramlee yang masih lagi mendapat tempat di hati ramai dan ia terbukti apabila kebanyakan hasil penulisan beliau diulang cetak untuk menepati permintaan ramai. ‘Mandatori’ turut merupakan karya pertama Ramlee yang diangkat ke skrin televisyen dan ia menjanjikan sebuah pengalaman terhebat untuk penonton oleh kerana jalan penceritaanya yang digarap kemas, disokong kuat dengan babak-babak yang mendebarkan dengan aksi-aksi suspen dan ganas, dan yang paling utama, setiap adegan berjaya diterjemahkan dengan begitu baik sekali oleh kesemua pengemudi watak.

Sinopsis MANDATORI

‘Mandatori’ mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (lakonan Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.

Dalam kesibukan Inspektor Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Chong), beliau berkenalan dengan Juliana (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku. Norman mula menyukai Juliana namun pelbagai dugaan yang berlaku menyukarkan lagi keadaan. Apa yang akan jadi seterusnya? Siapakah dalang di sebalik kes pembunuhan bersiri yang berlaku? Saksikan ‘Mandatori’ mulai 14 Disember ini.

Tonggak utama “Mandatori”; Aeril Zafrel, Siti Saleha, Alvin Chong, Iedil Putra, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi, Chew Kin Wah dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NICKTHEREAL’s Party Tour in Malaysia

Hanya RM5, McCafe Kini Semarakkan Budaya Kopi di Malaysia