in , ,

Ahmad Dhani Puji Orkestra Malaysia Lebih Baik Berbanding Indonesia

Vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani berharap kualiti pasukan orkestra di Indonesia akan berkembang menyamai kehebatan pasukan orkestra dari Malaysia.

Vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani berharap kualiti pasukan orkestra di Indonesia akan berkembang menyamai kehebatan pasukan orkestra dari Malaysia.

menurut vokalis berusia 51 tahun itu, selepas melakukan sesi latihan bersama pasukan orkestra Malaysia, dia mendapati pemuzik orkestra di negara ini (Malaysia) ternyata memiliki kualiti yang lebih baik, berbanding di negara asalnya, Indonesia.

“Sebagai seorang yang dikatakan pakar dalam bidang muzik, selepas menjalani latihan bersama pasukan orkestra Malaysia, ternyata kualitinya lebih bagus berbanding di Indonesia.

“Jika di sana (Indonesia), ahli orkestra selalunya orang Indonesia, tetapi di sini ahlinya terdiri pelbagai negara,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbat dan sesi latihan konsert tersebut di Axiata Arena di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Ahmad Dhani juga berharap muzik orkestra akan dapat berkembang dan diterima baik di Indonesia seperti di negara-negara lain.

“Dengan orkestra kita membawa budaya baharu di Jakarta peminat muzik di sana masih dalam proses untuk menerima.

“Pasukan orkestra Indonesia belum lagi di tahap dibiayai oleh kerajaan seperti di Malaysia, harapnya akan ada,” katanya.

Sebanyak 34 buah lagu termasuk Risalah Hati, Sedang Ingin Bercinta dan Kangen akan disampaikan Dewa 19 menerusi konsert Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia, diiringi 54 pemuzik orkestra tanah air.

Konsert yang berlangsung pada malam ini itu juga akan menonjolkan sisi lain kumpulan popular asal Surabaya, Indonesia itu.

Menjawab kerisauan ramai mengenai konsep konsert yang dianggap lebih formal berbanding sebelum ini, dia percaya peminat Dewa 19 tetap akan berseronok dengan persembahan mereka esok.

“Jika penonton tidak bergoyang (menari), tidak bermaksud mereka tidak menikmati.

“Ada beberapa lagu kami yang memerlukan penghayatan dan tidak perlu bergoyang jika ingin berseronok pun,” katanya.

Kali terakhir Dewa 19 mengadakan konsert di Malaysia adalah menerusi Konsert 30 Years of Dewa 19 pada 9 dan 10 September tahun lalu di lokasi sama. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUTERI SARAH LIYANA

“Duduk Diam – Diam, Simpan Duit Bayar Saman,” – Puteri Sarah Liyana

“Mamat di Tempat Yang Tinggi” – Nabil Ahmad Minta Netizen Husnuzon