in , ,

Malaysia Golden Global Awards Ke-5 Umumkan Senarai Pencalonan 

Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) ke-5 dan Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2022 mengadakan sidang media untuk mengumumkan senarai pencalonan MGGA 2022.

MIFFest juga mengumumkan bahawa Tourism Malaysia akan menyertai festival tahun ini sebagai pihak sokongannya.

Filem India ‘Two Friends’ telah dicalonkan dalam lima kategori, dua pelakon utama filem tersebut, Arif Shaikh (umur 10) sebagai Safikul dan Asik Shaikh (umur 9) sebagai Palash, telah dicalonkan bersama sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Best Actor) di 5th MGGA 2022, ini menjadikan mereka calon yang termuda MGGA ini. 

Miffest

Terdapat lebih daripada 100 filem yang dihantar untuk MGGA tahun ini, ‘Drowning In Holy Water’ (Iran), ‘Full Time’ (Perancis), ‘Hail, Driver!’ (Malaysia), ‘Memoryland’ (Jerman, Vietnam), ‘ No Ground Beneath The Feet’ (Bangladesh), ‘Rehana’ (Singapura, Bangladesh), ‘The Silent Forest’ (Taiwan), ‘Two Friends’ (India), ‘Whether The Weather Is Fine’ (Filipina, Singapura), ‘White Building’ (Perancis, Kemboja) telah dicalonkan sebagai Top 10 Films of 5th MGGA 2022. Lima juri telah dijemput sebagai juri MGGA 2022, Christine Hakim (Pelakon Indonesia) sebagai Presiden Juri, Lav Diaz (Pembikin Filem Filipina), Sabrina Baracetti (Festival Presiden Udine Far East Film Festival), dan Ho Wi Ding (Pengarah Malaysia yang berpangkalan di Taiwan) dan Chong Keat Aun (Pengarah Malaysia). 

Photo1655275880

Lifetime Achievement Award Malaysia Golden Global Awards ke-5 2022 – Kim Dong-Ho dan Hou Hsiao-Hsien

Festival tersebut akan menyampaikan dua anugerah untuk Lifetime Achievement Award di majlis anugerah tahun ini kepada Kim Dong-Ho dan Hou Hsiao-Hsien. Pengerusi Festival Filem Antarabangsa Malaysia dan Malaysia Golden Global Awards, Joanne Goh berkata:

“Kami sebenarnya bercadang untuk menyampaikan anugerah ini kepada pengarah Hou Hsiao-Hsien pada dua tahun yang lalu, malangnya kami terpaksa menangguhkan rancangan ini sebab pandemik.”

“Mereka telah menghasilkan banyak karya yang terkenal kepada festival-festival dan seluruh industri filem. Encik Kim Dong-Ho ialah salah seorang pengasas Festival Busan International Film Festival dan Gangneung International Film Festival, beliau juga merupakan Presiden Kehormat Malaysia International Film Festival kita. Tanpa bimbingan beliau, saya mungkin tidak mempunyai semangat untuk menjalankan MIFFest dan MGGA sehingga hari ini.” 

Miffest

Senarai Tayangan Filem MIFFest 

MIFFest ke-5 tahun ini akan dilancarkan dengan filem pembukaan ‘Edge of The World’, sebuah filem dari United States, mengisahkan kisah Kapten James Brooke, filem ini menjalani penggambaran sepenuhnya di Sarawak, Malaysia dan filem ini juga mendapat sokongan daripada Sarawak Tourism Board (STB).

Sarawak Tourism Board berasa gembira apabila menerima makluman bahawa filem ini akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Malaysia tahun ini. Pengarah dan pelakon filem itu akan bertemu dengan penonton di Majlis Perasmian MIFFest yang akan diadakan pada 10 Julai. Senarai filem-filem terkenal yang akan ditayangkan di 5th MIFFest 2022 dalam beberapa kategori tayangan adalah: Pawagam Dunia, Pawagam Asia, Pawagam Malaysia. 

MIFFest Project Market Ke-1 akan Dijalankan dari 12 hingga 13 Julai untuk Menemui Projek Filem Cereka yang Berpotensi di Malaysia

MIFFest Project Market ke-1 akan dijalankan pada 12 – 13 Julai, kelima-lima Official Selection akan berpeluang untuk bertemu dengan penerbit, pengedar dan pelabur tempatan dan antarabangsa untuk membincangkan projek-projek mereka. Wu Ke-Xi (Pelakon), Keoh Chee Ang (Penerbit) dan Vijay Munisamy (Penerbit Eksekutif) adalah juri-juri untuk MIFFest Project Market tahun ini.

Kelima-lima Official Selection MIFFest Project Market 2022 adalah’Don’t Assume Still Waters’ arahan Leysha Al-Yahya, ‘The Depths’ arahan David Yanez, ‘Sunny, Benny & Jenny’ arahan Jin Ong, ‘Garek’ arahan Cech Adrea, dan ‘Maybe Today, If Not Today, Maybe Tomorrow’. 

Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-5 akan dijalankan di Dadi Cinema, Pavilion KL dari 10 hingga 15 Julai 2022, manakala Malaysia Golden Global Awards ke-5 akan diadakan pada 16 Julai di Istana Budaya, Kuala Lumpur. MGGA akan disiarkan di Unifi TV (siaran langsung di Malaysia), Viu TV HK (siaran penangguhan di Hong Kong), dan YouTube MIFFest (siaran langsung di seluruh dunia). Untuk maklumat lanjut tentang festival tersebut, sila layari miffest.com.my 

Memoryland _Poster
creening CategoryTittle NameCountryYearDirector Name
Opening FilmEdge of The WorldUnited States2021Michael Haussman
World CinemaWhite BuildingCambodia, France2021Kavich Neang
Drowning in Holy WaterIran, Afghanistan2022Navid Mahmound
MemorylandVietnam, Germany2021Kim Quy Bui
Full TimeFrance2021Eric Gravel
Killer SpiderIran2020Ebrahim Irajzad
Ongoing SmileSouth Korea, Iran2013Mohsen Makhmalbaf
Asian CinemaNo Ground Beneath the FeetBangladesh2021Mohammad Rabby Mridha
The Silent ForestTaiwan2020Chen-nien Ko
Two FriendsIndia2021Prasun Chatterjee
Whether the Weather is FinePhilippines, Singapore2021Carlo Francisco Manatad
RehanaBangladesh, Singapore2021Abdullah Mohammad Saad
ResbakPhillipines2020Brillante Mendoza
Side Seeing the MovieVietnam, Thailand2022Thanadet Pradit
Malaysian CinemaHail, Driver !Malaysia2021Muzzamer Rahman
Victim(s)Malaysia2021Layla Zhuqing Ji
Fly by NightMalaysia2018Zahir Omar
Life in 24 Frames a SecondMalaysia2021Saw Tiong Guan
The Story of Southern IsletMalaysia2020Chong Keat Aun
Fulltime_Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Soundcircus

Sure Gempak Ni! ‘Sound Circus Festival’ Kembali Temui Peminat!

Shakila Khoriri | 22

Iklan Istimewa TV3 SENTIASA BERSAMAMU Sempena Ulang Tahun Ke 38