in ,

Iklan Istimewa TV3 SENTIASA BERSAMAMU Sempena Ulang Tahun Ke 38

Sepanjang beroperasi selama 38 tahun, TV3 telah menghasilkan pelbagai iklan TV3 yang menyentuh hati penonton seperti sambutan Hari Raya, Kemerdekaan dan sebagainya.

Setelah sekian lama, kini TV3 muncul dengan iklan terbaharu sempena meraikan ulang tahun TV3 ke-38 dengan tema TV3 Sentiasa Bersamamu. 

Iklan istimewa ini menampilkan kerjasama antara TV3 bersama pelukis karya seni kreatif yang telah menempa nama di Asia Tenggara iaitu Miriam Omar, serta pengarah filem Nik Amir Mustapha.

Karya ini diinspirasikan oleh Miriam Omar, berdasarkan pandangannya terhadap TV3 dan bagaimana ia telah menjadi sebahagian dari hidupnya. Ia istimewa bagi Miriam yang juga merupakan pengacara kanak-kanak di TV3 pada tahun 90-an.

Nik Amir Mustapha yang merupakan pengarah bagi iklan TV3  ini telah berjaya mengembangkan karya seni Miriam dengan membawa visual menghayat hati itu ke skrin televisyen. 

Konsep dan tema buat iklan TV3 ini terlahir apabila Miriam berkongsikan bahawa TV3 serasi dengan dirinya sejak kecil lagi dan banyak rancangan terbitan TV3 masih diingatinya sehingga ke hari ini.

Sejajar dengan tema ulang tahun TV3 Sentiasa Bersamamu yang diangkat sebagai tema keseluruhan, iklan TV3 ini dapat dilihat sebagai TV3 sentiasa bersama penonton dalam setiap aspek kehidupan, membesar bersama dan kekal relevan.

Selain itu, iklan TV3  ini menekankan bahawa TV3 ialah saluran siaran di mana setiap kasih sayang dan kebahagiaan dapat dikongsikan bersama. 

Iklan TV3 Sentiasa Bersamamu ini menampilkan pelakon Shakila Khoriri sebagai orang biasa yang membesar bersama TV3 dan mewakili karakter Miriam Omar. Penggambaran bagi sketsa ini telah mengambil masa selama dua hari dan bakal disiarkan bermula 17 Jun, 9.00 malam ini. 

Konsep iklan ini adalah untuk menunjukkan semangat kesetiaan yang juga seiring dengan objektif TV3 yang mahu terus kekal bersama penonton lama yang setia dan baharu. Turut disuntik adalah elemen menyentuh emosi penonton TV3 yang sentiasa bersama kami sepanjang 38 tahun ke udara.

Gunakan #TV3SentiasaBersamamu untuk menghangatkan lagi perbualan tentang sambutan ulang tahun TV3 ke-38 di laman sosial media sepanjang bulan jun ini. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang ulang tahun TV3 ke-38 , layari https://www.xtra.com.my/tv3anniversary 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysia Golden Global Awards Ke-5 Umumkan Senarai Pencalonan 

Tahniah! Buletin TV3 Kekal Menjadi Pilihan Nombor Satu Negara!