in ,

Malam Gala Filem LONG LONG TIME AGO

Pada jam 8 malam ini, Budiey hadir di Malam Gala Filem LONG LONG TIME AGO yang diadakan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Baru perasan, sekarang ni dah ramai penganjur dan juga pengeluar filem mengadakan malam gala atau prebiu media pada hari Sabtu.

Ada pro dan kontranya. Kalau dulu biasanya Malam Gala atau Premiere diadakan pada hari Rabu atau Khamis. Mungkin senangnya bila diadakan hari Sabtu, jalan tak berapa sesak. Petang tadi, Budiey keluar awal dan sempat lagi makan malam di Restoran Ilham Nasi Kukus bersama Cyrill. Jadi, tak payah la nak isi perut lagi kat event malam ni.

cyrill hassan & budiey di Malam Gala Filem LONG LONG TIME AGO

Berbalik pada filem arahan Jack Neo ini, sebelum keluar rumah, Budiey sempat menonton trailer dan juga behind the scenes atau making of filem LONG LONG TIME AGO.

Apa yang Budiey boleh katakan filem ini berlatar belakangkan era 70an di mana pada masa itu banjir besar melanda negara Asia. Yang boleh dibanggakan filem ini sangat teliti dari segi kostume, solekan dan props agar ia betul-betul nampak macam zaman klasik vintage.

Budiey turut diberitahu pengarah dan juga pelakon filem ini turut bersama media untuk sessi temubual. Jadi, nantikan sahaja video temubual Budiey bersama Jack Neo dan Suhaimi Yusof di saluran Youtube Budiey.com

Filem ini berlatar belakangkan era 60an di mana pada masa itu Singapura masih lagi di bawah pemerintahan Tanah Melayu. Masyarakat majmuk yang terdiri dari Melayu, Cina dan India masih dilatari dengan pelbagai kesukaran dan kemelut zaman tersebut.

Menarik filem ini… Walaupun dihasilkan sepenuhnya oleh rakyat Singapura, namun mengambil Ipoh sebagai lokasi pengambaran.

Sama-sama kita nantikan ulasan yang akan disiarkan pada malam ini. Cheers!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Kumpulan K-Pop Winner Trending di Youtube Malaysia

La Reserve Paris Mengimbau Dunia Klasik Bangsawan Perancis