in , ,

Malam Amal Flint Berjaya Bantu & Ringankan Beban & Santuni Anak Yatim 

Flint Coffee & Roastery (Flint KL) baru je mengadakan Malam Amal Flint di The Curve hari Khamis lalu, pada 21 Mac. Bagus betul usaha diorang buat event tu nak kumpul duit untuk tujuan amal.

Flint Coffee & Roastery (Flint KL) telah mengadakan sebuah acara amal yang sangat bererti, iaitu Malam Amal Flint pada 21 Mac yang lalu di cafe Flint KL yang terletak di pusat beli-belah The Curve. Acara ini adalah satu usaha mereka untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan cara yang bermakna. Sememangnya satu usaha yang harus dipuji dan dicontohi oleh semua pemilik restoran di negara ini.

Diadakan istimewa pada bulan Ramadan, Malam Amal Flint diadakan dengan tujuan untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan. 

Sumbangan yang disalurkan merangkumi duit raya, hamper dan agihan barangan mentah keperluan harian yang diharapkan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. 

Malam Amal Flint Berjaya Bantu & Ringankan Beban & Santuni Anak Yatim

Majlis yang penuh makna ini disempurnakan pada acara iftar menerusi Buffet Ramadan Flint bertemakan Juadah Dendang Perantau bersama kanak-kanak serta penghuni dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Kasih. 

Turut hadir ialah wakil daripada 7 keluarga golongan asnaf yang dipilih oleh organisasi kemanusiaan MyCARE. 

Pengarah Flint KL, Azri Jamaluddin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong dalam pelaksanaan program ini. 

“Sebenarnya, sudah menjadi hasrat saya dan pasukan di Flint KL untuk menganjurkan program Malam Amal Flint pada tahun ini. 

“Hasil kerja kami dalam menjayakan penjenamaan Flint KL, perlu dituai dengan cara membantu mereka yang memerlukan sebagaimana misi dan visi program Malam Amal Flint ini,”

– Azri Jamaluddin
Malam Amal Flint Berjaya Bantu & Ringankan Beban & Santuni Anak Yatim

Empat pempengaruh ini telah terlibat sejak 16 Mac lalu menerusi usaha murni mereka dalam menyampaikan mesej berkenaan penganjuran acara CSR berkenaan dan peluang orang ramai untuk manderma melalui platform yang diperkenalkan Flint KL sepanjang Ramadhan ini. 

Malam Amal Flint Berjaya Bantu & Ringankan Beban & Santuni Anak Yatim

Keempat-empat mereka telah berpeluang beramah mesra dengan 35 kanak-kanak dari rumah kebajikan Cahaya Hati dan memilih baju raya buat semua adik comel berkenaan. 

Pada acara berkenaan, turut diadakan persembahan istimewa dari penyanyi jemputan, Amer Yusoff iaitu bekas anggota kumpulan Ruffedge. 

Malam Amal Flint Berjaya Bantu & Ringankan Beban & Santuni Anak Yatim

Meskipun Malam Amal Flint telah pun berlalu pada 21 Mac lalu, namun Flint KL mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menyokong kempen ini yang akan berakhir pada 7 April 2024. 

Sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk wang atau barangan keperluan yang bermanfaat. 

Sumbangan berbentuk wang boleh disalurkan melalui akaun Maybank 5627 5968 5182 (Solist Global Sdn.Bhd). 

Manakala, barang keperluan boleh disalurkan ke cawangan Flint KL di The Curve, Damansara. 

Maklumat lanjut, sila hubungi 016-2913551 atau e-mel ke [email protected] 

NQZ04675
PHOTO MALAM AMAL FLINT16
Malam Amal Flint Berjaya Bantu & Ringankan Beban & Santuni Anak Yatim
Malam Amal Flint Berjaya Bantu & Ringankan Beban & Santuni Anak Yatim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen Hari Raya di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall Cukup Meriah!

Skim TVET Train2Place Bakal Ubah Landskap Pendidikan Vokasional di Malaysia