in , ,

Mesej Semangat Yakin Diri Wanita dalam MAKE YOU WANNA Single Pertama DOLLA

DOLLA, nama kumpulan wanita yang baru ini mula mendapat perhatian kerana persembahan mereka yang hebat dan bertenaga di Final #RapStarERA 2020.

DOLLA terdiri daripada empat gadis cantik yang berbakat besar – Sabronzo, Tabby, Syasya, dan Angel. Memiliki bakat menyanyi dan menari yang mengagumkan, DOLLA bakal memeriahkan industri muzik tempatan dengan single pertama mereka ‘Make You Wanna’ yang dihasilkan oleh Bryan B., komposer dan produser lagu yang terkenal dari Australia.

Lagu ‘Make You Wanna’ hasil gubahan Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta adalah sebuah lagu dengan unsur nakal dan seksi tentang keyakinan diri dan kekuatan seorang wanita.

Mesej yang ingin disampaikan adalah bagaimana keyakinan diri dan keberanian seorang wanita dalam membuktikan bahawa setiap manusia itu berharga dan berhak untuk dihormati.

DOLLA MAKE YOU WANNA

Dengan melancarkan lagu yang rancak dengan melodi yang menarik ini, DOLLA berharap dapat mengenengahkan diri mereka sebagai kumpulan wanita generasi baru yang bakal mengegar industri muzik Malaysia.

Ketika diminta mengulas mengenai single pertama, salah seorang daripada ahli kumpulan DOLLA, Syasya berkata,

“Kami mahu menghala perhatian kepada kepentingan merasa yakin dan selesa dengan diri sendiri.  

Wanita yang berkeyakinan tinggi akan lebih menyerlah dan menarik perhatian ramai pihak.”  

– Syasya (Dolla)

Sementara itu, seorang lagi ahli kumpulan DOLLA, Sabrina menambah,

“Saya gembira kerana lagu ini menonjolkan kekuatan wanita.  

Bukan saja sesuai dimainkan di radio tapi ‘Make You Wanna’ membuat kita terasa ingin menari.

Orang yang tidak suka menari pun akan menari bila mendengar lagu ini.” 

– Sabrina (Dolla)

Lagu ‘Make You Wanna’ terbitan dan edaran oleh Universal Music Malaysia dan Lion Music Group Malaysia boleh didengari lewat semua platform pengstriman termasuk Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music.https://UMM.lnk.to/DollaMYW

Link untuk Music Video : https://youtu.be/OvTqxSuN9go

DOLLA MAKE YOU WANNA
DOLLA MAKE YOU WANNA

TENTANG DOLLA

DOLLA, kumpulan wanita dari Kuala Lumpur ini ditubuhkan pada tahun 2019.  Ahli kumpulan ini terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel.  Kebolehan mereka menyanyi, menari dan membuat persembahan menarik perhatian Universal Music Malaysia dan mereka telah menandatangani kontrak dengan syarikat tersebut pada bulan September 2019.  Single pertama DOLLA, ‘Make You Wanna’ dihasilkan oleh produser Bryan B.  Empat jelitawan yang berbakat besar ini berharap akan dapat meletakkan diri mereka di tahap yang tinggi dalam industry muzik di Malaysia dan mewarnai muzik dengan ruang dan nafas baru.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Layla Sania Terus Mewarnai Industri Muzik dengan LAKARAN

Lagu KITA BAIK RAMAI SAYANG Fad & Achey Tribute untuk Abam Trending No.1 di Youtube