in , , ,

Sekitar Makan Bareng Bersama Afgan, Rossa, Ungu di Mamanda

WAH! Meriah Sekali Makan Bareng Bersama Afgan, Rossa, Ungu di Mamanda! Ramai Yang Tak Sabar Nak Menonton Konser Artis dari Indonesia Ini!

Selesai bergambar dan mundar mandir di Universal Studios Singapore, kami dan rombongan artis dari syarikat rakaman Trinity Optima Production (TOP) terus naik kenderaan masing-masing menuju ke Restoran Mamanda untuk Makan Malam Bersama Bintang di mana turut dihadiri oleh para peminat.

Sebagai meraikan para peminat yang sekian lama menyokong karier, makan malam penuh santai dan intim ini memberi peluang kepada peminat untuk lebih dekat dan berborak panjang bersama penyanyi pujaan mereka.

Esoknya, Konsert Mega Bintang Trinity All-Star akan menampilkan lapan orang penyanyi di bawah naungan TOP iaitu Rossa, Ungu, Afgan, Vidi Aldiano, Sherina, D’Bagindas, Maudy Ayunda, Heri dan Nilam Gamma1.

Sehingga kini, TOP sudah menaungi 11 orang artis kesemuanya dan mengembangkan bisnis bermula dengan syarikat rakaman, penjenamaan, penciptaan lagu, pengurusan artis sehinggalah menyediakan kandungan digital.

Budiey lihat semuanya yang hadir seronok dapat makan hidangan yang lazat sambil beramah mesra dengan artis. Ada beberapa orang peminat dari Malaysia juga sanggup terbang dari Malaysia semata-mata untuk bertemu dengan penyanyi Afgan. Wow, gigih betul korang.

Makan Bareng Trinity Konsert Mega Bintang
Makan Bareng Trinity Konsert Mega Bintang
Makan Bareng Trinity Konsert Mega Bintang
Makan Bareng Trinity Konsert Mega Bintang
Makan Bareng Trinity Konsert Mega Bintang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Rossa di Universal Studios Singapore

Gambar Afgan di Universal Studios Singapore