in ,

Gambar Afgan di Universal Studios Singapore

Berbaki sehari sebelum bermulanya Konsert Mega Bintang anjuran Trinity Optima Production, para artis terlibat telah sempat untuk singgah seketika di depan taman tema paling happening di Singapura iaitu Universal Studios Singapura.

Mereka berkumpul beramai-ramai untuk bermesra bersama peminat sebelum berangkat ke Mamanda untuk makan malam. Budiey turut berada di sana untuk mengintai selebriti di bawah naungan Trinity Optima antaranya Afgan, Vidi, Rossa, Sherina, d’Bagindas, Ungu dan Gamma1. Pada sore yang indah itu, Budiey lihat mereka sangat enjoy bergambar bersama peminat dan krew bertugas di depan globe USS. Budiey sempat berborak seketika bersama Rossa, Afgan dan Pasha Ungu. Mereka sangat sempoi dan sangat mesra.

Di sini media dan wartawan TV sempat menemuramah dan terjah artis dengan soalan-soalan mereka dengan berlatar belakangkan pemandangan senja di depan Universal Studios Singapore.

Afgan

Konsert Mega Bintang bakal berlangsung esok, di Compass Ballroom, Resort World Convention Centre, Singapura jam 8 malam dengan barisan artis dari Indonesia. Budiey.com turut diundang selaku Blogger Rasmi (Malaysia) untuk Konsert Mega Konsert ini.

Antara gambar Afgan yang sempoi di depan globe USS:

Gambar Rossa
Afgan
Afgan
Afgan
Afgan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rossa 2020 | 23

Sekitar Makan Bareng Bersama Afgan, Rossa, Ungu di Mamanda

Linda Rafar | 24

Tahniah! Beego & Linda Hashim Selamat Bernikah