in ,

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE 50

SIARAN LANGSUNG MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE 50 BERMULA 18 OGOS HINGGA 25 OGOS 2008 DI RTM1

Bertemakan Menjana Ummah Gemilang, Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 50 yang diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man, Kuala Terengganu dipancarkan secara langsung jam 08.45 malam bermula dari 18 Ogos hingga 25 Ogos 2008 di RTM1.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 50 yang cukup berprestij ini menampilkan konsep rekaan astaka yang berkonsepkan taman yang pastinya turut memberikan impak keindahan kepada peserta dan penonton dalam melihat dan memperdengarkan alunan ayat-ayat suci Al-Quran ini.

Penyertaan majlis tahun ini telah berjaya menarik sebanyak 42 buah negara yang terdiri daripada 67 orang peserta iaitu melibatkan 42 orang Qari dan selebihnya 25 orang Qariah memperdengarkan bacaan masing-masing sebelum penialian akhir dilakukan untuk menentukan siapakah yang bakal dinobatkan dan diangkat sebagai Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 50.

Antara negara yang mengambil bahagian kali ini termasuklah peserta-peserta dari Malaysia, Azerbaijan, Lebanon, Bahrain, Morocco, Bangladesh, Mozambique, Bosnia Herzegovina, Nigeria, Brunei Darussalam, Oman, Burkina Faso, Pakistan, Canada, Filipina, China, Rusia, Croatia, Senegal, Gambia, Singapura, India, Afrika Selatan, Indonesia, Thailand, Iran, Vietnam, Iraq, Tunisia, Kazakhstan, Togo dan Kosovo.

Hanya peserta yang melepasi ujian saringan atau tahsin dan memperolehi markah yang memuaskan akan diperdengarkan bacaannya pada malam berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa kali ke 50 ini.

Antara hakim yang diundang membuat penilaian markah para peserta terdiri daripada wakil negara Malaysia, Morocco, Syria, Mesir, Arab Saudi, Jordan, Libya, Brunei, Indonesia dan Thailand yang dinilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Pastinya Malaysia pada tahun ini diwakili Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 51 iaitu Tuan Hj Shamsul Ariffin Hj Sapian  dan Cik Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman yang diharapkan agar menjadi Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa kali ke 50 kali ini sekaligus mengharumkan nama Malaysia sekali lagi.

Kepada anda yang ingin menyaksikan peserta-peserta dari pelbagai negara memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan cara yang tersendiri, jangan lepaskan peluang menonton Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 50 yang diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man, Kuala Terengganu dipancarkan secara langsung jam 08.45 malam bermula dari 18 Ogos hingga 25 Ogos 2008 di RTM1.

What do you think?

72 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Portal Cars, Bikes & Trucks Launching

CANTERBURY’S LAW LAKONAN DAVID CALL, JENNA STERN