in

CANTERBURY’S LAW LAKONAN DAVID CALL, JENNA STERN

TUESDAY NIGHT WATCH ON 2 : CANTERBURY’S LAW, SETIAP SELASA, JAM 11.00 MALAM MULAI 12 OGOS 2008 DI RTM2

Keadilan sememangnya wujud di mana-mana sahaja. Namun untuk menegakkan keadilan bukanlah satu tugas mudah yang mampu dipikul sesiapa sahaja terutama membabitkan tugas seorang peguam yang setiap hari berdepan dengan kes-kes yang perlu diselesaikan.

Bayangkan anda sebagai seorang peguam bela sentiasa dibelenggu masalah pelanggan yang pastinya cukup memberikan tekanan tetapi pada masa sama perlu juga membahagikan masa untuk suami dan rumah tangga. Kisah ini melatari drama bersiri Inggeris terbaharu Canterbury’s Law menerusi slot Tuesday Night Watch On 2, setiap Selasa, jam 11.00 malam di RTM2.

Canterbury’s Law menagajak penonton mengikuti perjalanan kisah hidup seorang peguam bela, Elizabeth Canterbury yang bukan sahaja terkenal dengan kecantikannya sebaliknya begitu dikagumi ramai kerana usahanya mahu membantu pelanggannya yang dianggap lemah dan juga kes terpencil yang tidak mahu diuruskan peguam lain.

Kesungguhan wanita gigih ini dibuktikan dengan tindakannya mencuba sedaya upaya meraih keadilan sekaligus meletakkan kariernya berada pada tahap risiko kerana dia tidak pernah memilih kes-kes tertentu yang ingin dikendalikan.

Begitu pun di sebalik niat dan usaha murninya itu, Elizabeth Canterbury tidak pernah terlepas berdepan dugaan dan tekanan dalam perjalanan hidupnya. Elizabeth begitu obses cuba merungkai kebenaran dan hak pelanggannya yang dianggap teraniaya. 
 
Tuntutan kerja yang memaksanya menghabiskan masa di tempat kerja telah meletakkan diri Elizabeth serba salah. Kesibukannya mahu  menyelesaikan kes-kes yang dikendalikannya telah menyebabkannya secara tidak sedar mengabaikan suaminya, Matthew yang menyandang jawatan profesor Undang-Undang.

Hubungan mereka suami isteri sebenarnya berdepan konflik yang kemudiannya membuatkan Matthew mahu mereka berdua meluangkan masa bersama untuk menjernihkan semula keadaan.

Namun bersama dengan peguam lainnya seperti Russell Krauss, Elizabeth terpaksa bertarung dengan kepercayaannya sendiri hingga adakalanya terpaksa menyembunyikan kebenaran yang sememangnya ada dalam fikiran semata-mata mahu membuat pertimbangan kes kendaliannya dengan penyudah yang terbaik.

Ternyata drama berbentuk kehakiman dan kekeluargaan yang menarik ini berjaya menyumbang bagi membuka mata masyarakat bahawa keadilan itu wujud si mana sahaja.

Canterbury’s Law dibarisi nama-nama pendukung watak terkenal David Call, Jenna Stern, Joel de la Fuente, Julianna Margulies, Aidian Quinn, Ben Shenkman dan Trieste Dunn.

Usah lepaskan peluang menonton Canterbury’s Law menerusi slot Tuesday Night Watch On 2, setiap Selasa, jam 11.00 malam di RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE 50

Drama Impian Lakonan Syafie Naswip Isma Yusoof