in

Majlis Sidang Media Pengumuman Festival Filem Malaysia ke 21

Pada jam 2.45 petang semalam, satu sidang media pengumuman rasmi Festival Filem Malaysia ke 21 telah berlangsung di Pejabat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di Tingkat 39, Maju Junction.

Untuk info korang semua, FFM21 akan diadakan bermula 8 hingga 10 Ogos ini di Putrajaya. Kali ini, FFM diadakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), persatuan-persatuan pengeluar filem Malaysia (PFM) serta Persatuan-persatuan Perfileman Malaysia dengan sokongan penuh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia.

Turut hadir Y. Bhg Dr KSU, pengerusi bersama FFM, Dato’ Jin Shamsudin, Presiden GAFIM Dato’ Mustapha Ma’arof selaku Pengerusi Bersama FFM21, Pengurus Besar GBSB, Ahmad Fuad Onah selaku timbalan Pengerusi Bersama FFM21 dan Presiden PFM dan saluran penyiar rasmi; Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul.

Selain penerbit dan pengarah filem, majlis diserikan dengan kehadiran ramai pelakon serta selebriti terkenal seperti Fasha Sandha, Jehan Miskin, Erin Malek, Nabila Suhaimi, Lisa Surihani, Kavita Sidhu, Adi Putra, Hafiz dan ramai lagi.

Menarik bagi Budiey, FFM kali ke-21 ini diadakan bersempena dengan hari seniman dan akan diadakan di lokasi yang begitu gah iaitu di Putrajaya dengan tema KE ARAH KECEMERLANGAN DALAM PENERBITAN FILEM.

Ianya bertujuan untuk memartabatkan filem kita supaya lebih cemerlang. Festival Filem Malaysia 21 ini diadakan selaras dengan usaha berterusan FINAS dalam memperluaskan Program Merakyatkan Filem (PMF) dalam menyemai sikap mencintai filem tempatan di kalangan masyarakat.

Presiden GAFIM Dato’ Mustapha Ma’arof 

Objektif utama festival ini adalah bertujuan meraikan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta mengalakkan penghasilan karya filem yang bermutu dan diterima di peringkat global. Penghasilan karya filem yang bercitra Malaysia dengan keperlbagaian tema penceritaan.

Penganjuran FFM 21 Putrajaya 2008 ini adalah sebahagian pengisian Hari Seniman Kebangsaan 2008 yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Mei lalu di Dewan Merdeka. Ia adalah selaras dengan objektif Hari Seniman Kebangsaan yang mengiktiraf jasa, peranan dan sumbangan para seniman tanahair yang meliputi pelbagai cabang seni termasuklah bidang perfileman.

Kali ini, kelainan membawa FFM di luar Kuala Lumpur dan keseluruhannya diadakan di Putrayaja dengan menjemput beberapa universiti untuk  turut serta. Antaranya, UiTM, UPM, USM, UISM, Kolej Lim Kok Wong. Tujuannya adalah untuk mencungkil bakat baru supaya dapat menjadi generasi pelapis di masa akan datang.

Peranan Kekwa adalah sebagai kementerian perpaduan kebudayaan menyokong festival ini dari awal hingga akhir.

Untuk festival tahun ini, dianggarkan sebanyak 150 penyertaan akan diterima dan dijangka bertambah menjelang tarikh akhir pada 6 Julai 2008 nanti. Selain dari itu, FFM 21 kali ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar perfileman di sekitar Putrajaya seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Lim Kok Wing, bagi menimba pengalaman dan mengikuti program FFM dengan lebih mudah.

Dalam memastikan festival kali ini mendapat sambutan dari penduduk sekitar Putrajaya dan Lembah Kelang, pelbagai program khusus untuk mempromosikan FFM akan dijalankan terutamanya di kompleks membeli belah sekitar Balakong (Jaya Jusco Balakong, 6 Julai, 3 petang), Bangi (Kompleks PKNS Bangi, 20 Julai, 3 petang), Seri Kembangan (The Mines Sri Kembangan, 13 Julai, 3 petang) dan Putrajaya (Alamanda, 27 Julai, 3 petang) melalui sessi Calon FFM 21 bertemu peminat, kuiz dan persembahan oleh artis popular.

Selain dari itu, tayangan percuma bagi filem-filem yang bertanding juga akan diadakan pada 8, 9 dan 10 Ogos bertempat di Cathay Cineleisure, TGV KLCC dan GSC Alamanda.. Pada 2 Ogos pula, di Dataran Merdeka, penganjur akan mengadakan konsert Pra Festival bermula pukul 8.30 malam sebelum malam kemuncak festival filem ini pada 9 Ogos 2008

Mempunyai 13 anugerah perdana dan 11 anugerah cipta, anugerah juri sebanyak 5 adalah terpulang kepada pihak juri. Kesemuanya ada 29 anugerah. Pada malam anugerah akan diisi dengan laluan red karpet selebriti terkenal dan selepas itu ada anugerah pasca.

Masih mengekalkan kategori yang sama dengan tahun lepas cuma lokasi sahaja berbeda. Begitu juga dengan hadiah wang tunai dan trofi masih lagi sama.

Dato’ Jin Shamsudin kata, FFM adalah satu-satunya festival nasional yang memberi penghargaan kepada semua tenaga kerja, satu pengiktirrafan kepada karyawan dan pelakon untuk terus mencipta kegemilangan. Beliau harap sangat semua para pelakon walaupun tidak dicalonkan dapat turut sama memeriahkan festival. Tahun ini ada kekosongan untuk tarikh wajib tayang. 18 filem yang dilihat dapat ditayangkan dan akan masuk panggung sebelum tarikh 8 Ogos.

Anugerah Perdana

  1. Filem Terbaik
  2. Pengarah Filem Terbaik
  3. Pelakon Lelaki Terbaik
  4. Pelakon Wanita Terbaik
  5. Lakon Layar Terbaik
  6. Cerita Asal Terbaik
  7. Sinematografi Terbaik
  8. Penyunting Terbaik
  9. Skor Muzik Asal Terbaik
  10. Filem Animasi Terbaik
  11. Filem Dokumentari Terbaik
  12. Filem Pendek Terbaik
  13. Filem Digital Terbaik

Anugerah Cipta

  1. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  2. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  3. Penataan Seni Terbaik
  4. Penataan Bunyi Terbaik
  5. Pelakon Kanak-kanak Terbaik
  6. Pelakon Harapan Lelaki
  7. Pelakon Harapan Wanita
  8. Lagu Tema Asal Terbaik
  9. Pereka Busana
  10. Poster Terbaik

Terdapat lima Anugerah Khas Juri yang akan ditentukan oleh pihak Juri. Berikut ini antara senarai filem yang akan bertanding:

  1. Otai
  2. 9 September
  3. Kayangan
  4. Nana Tanjung
  5. 1957: Hati Malaya
  6. Impak Maksima
  7. Anak
  8. Kala Malam Bulan Mengambang
  9. Anak Halal
  10. Dunia Baru The Movie
  11. Duyung
  12. Akhirat
  13. Congkak
  14. Pensil
  15. Cinta U Turn
  16. Evolusi KL Drift
  17. Sepi
  18. Apa Kata Hati
  19. Susuk
  20. I’m Not Single
  21. Muallaf
  22. Papa Dom
  23. Selamat Pagi Cinta
  24. Los And Faun
  25. Brainscan
  26. Misteri Balan-balan
  27. Senario The Movie Episod 1
  28. Antoo Fighter
  29. Taiko

Erin pun nak promote nih… Jangan lupa wish befday Erin… 15 Julai ni.

Untuk Nabila dan Fasha, you all pakai skirt pergi majlis macam nih? Ingat sesuai sangat ke?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fasha Sandha Pakai Skirt Pendek di Sidang Media FFM21

Lisa Surihani Pertaruh Bakat Dalam Filem I’m Not Single