in

Lisa Surihani Pertaruh Bakat Dalam Filem I’m Not Single

LISA SURIHANI MAHU BAKATNYA DITERIMA SEADANYA
Masih ingat lagi dengan gadis iklan Rexona yang manis ni? Mmm… ada yang ingat, ada yang tak… apa-apa pun, Budiey rasa nama Lisa akan naik dengan penampilannya dalam filem arahan Pierre.. I’m Not Single. Oh ya, untuk pembaca budiman, sebanyak 20 tempat duduk percuma untuk korang menonton filem ini di Majlis Pra Tonton yang akan diadakan di Mines. Satu peraduan akan diadakan kelak.

Baru dua minggu pulang dari Aberystwyth University, United Kingdom, Lisa Surihani Binti Mohamed terpaksa menerima hakikat bahawa bakatnya masih perlu digilap lagi dan lagi. Kali ini pelajar genius yang mengambil bidang Undang-Undang ini kembali dengan semangat baru… bukan setakat berlakon tetapi mahu berkarya dalam bidang seni.

Sekarang, Lisa Surihani sibuk mempromosikan filem I’m Not Single yang turut menampilkan Farid Kamil dan Pierre Andre. Memegang watak gadis baik bernama Maya yang begitu tegas, bukan satu tugas yang mudah, malah Lisa mahu peminat menerima dirinya sebagai seorang pelakon pelapis yang dapat mewarnai dunia seni suatu hari nanti.

Pernah mengacara X-Fresh TV dan TV IQ untuk Astro, Lisa juga ligat berlakon dalam iklan TV. Selain buat modelling, Lisa juga pernaj jadi hos untuk rancangan kanak-kanak; Whoaa! untuk NTV7 dan Down Memeory Lane. Sebelum ini, Lisa pernah berlakon dalam filem Goodbye Boys dan memegang watak sebagai gadis bernama Lara.

Berkacukan Bugis dan Melayu, Lisa akan cuba untuk membuktikan bakatnya dalam seni lakonan. Lisa bertuah kerana mendapat sokongan daripada ibu bapa dan familinya. Mempunyai 5 orang adik beradik dan anak yang ke-4. Lisa ada tiga abang dan seorang adik lelaki. Anak kepada Mohamed Bin Mahbob dan Siti Amira Ahmad ini, sedang menimbang untuk berlakon dalam beberapa buah drama.

[tags]lisa surihani, model, whoa, jay, mennon, goodbye boys, x-fresh, cinta, pierre, gossip lisa[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Sidang Media Pengumuman Festival Filem Malaysia ke 21

Jehan Miskin Jawab Gossip Bercinta Dengan Jay Menon