in , ,

Bagaikan Cinderella! Majlis Resepsi Nina Iskandar & Lan Lebah Meriah

Selamat pengantin baru dan selama berbahagia selalu hendaknya Budiey ucapkan buat pelakon Nina Iskandar dan suaminya, penolong pengarah bernama Lan Lebah. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat.

Selepas empat bulan diijabkabul pelakon Nina Iskandar atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar dan suami, seorang penolong pengarah bernama Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah telah melangsungkan majlis resepsi pada hari Ahad lalu iaitu pada tanggal 4 Ogos 2019 di Forest Valley Hall, Cheras.

Pasangan merpati dua sejoli ini diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras semalam. Nina kelihatan berseri-seri disolek oleh Ckay Liawo dan sangat cantik anggun dengan busana gaun berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal.

Majlis Resepsi Nina Iskandar & Lan Lebah Meriah

Menurut kenyataan pihak pengurusan Nina Iskandar, pasangan itu berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri oleh kedua-dua pihak keluarga.

Majlis Resepsi Nina Iskandar & Lan Lebah Meriah

Menurut kata wakil pengurusan pelakon ini, majlis resepsi ini diadakan pada bulan Ogos adalah kerana Jadual penggambaran Nina yang sangat padat sehingga terpaksa ditangguhkan.

Majlis resepsi yang meriah ini dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan artis seperti Amyra Rosli, Amar Baharin, Ayda Jebat, Vicha, Puteri Aishah, Shakilla Khoriri,  Sissy Iman dan ramai lagi.

Nina turut berkongsikan saat dan detik manis di majlis resepsi di IG Stories miliknya. 

Majlis Resepsi Nina Iskandar & Lan Lebah Meriah

Terdahulu, pelakon drama rantaian Andainya Takdir ini berkongsi beberapa keping foto kad undangan perkahwinan yang telah diagihkan kepada kenalan rapat di laman Instagram miliknya pada pagi Ahad.

Nina dikatakan mengenali lelaki yang bergelar Lan Lebah ketika terlibat dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi yang diarahkan oleh Heykal Hanifah.

Pada 12 Mac 2019, pelakon jelita yang berasal dari Brunei itu mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga penolong pengarah berkenaan. Namun, Nina menegaskan dakwaan itu sebagai fitnah terhadap dirinya.

Susulan itu, Nina mengadakan sebuah sidang media khas menafikan perkara berkenaan dan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.

Lan sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pramugari dan bercerai pada Februari 2019 lalu setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Majlis Resepsi Nina Iskandar & Lan Lebah Meriah
Majlis Resepsi Nina Iskandar & Lan Lebah Meriah
Majlis Resepsi Nina Iskandar & Lan Lebah Meriah
Majlis Resepsi Nina Iskandar & Lan Lebah Meriah
Majlis Resepsi Nina Iskandar & Lan Lebah Meriah
Majlis Resepsi Nina Iskandar & Lan Lebah Meriah
Majlis Resepsi Nina Iskandar & Lan Lebah Meriah
Majlis Resepsi Nina Iskandar & Lan Lebah Meriah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Stail EH! 2019

Astro Lamar Wann Jadi Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-6?