in ,

Majlis Pertunangan & Akad Nikah Ezlynn & Adam

PERTUNANGAN & AKAD NIKAH Ezlynn & Adam 20.11.2011

Semalam, 20 November 2011 (20.11.2011) menjadi tarikh yang cukup istimewa buat  penyanyi, pelakon & pengacara Ezlynn kerana beliau selamat menjadi isteri kepada Adam. Selamat pengantin baru, Ezlynn.

Majlis Pertunangan & Majlis Akad Nikah Ezlynn (Azline Binti Ariffin, (30thn) dengan Adam Fahmy Bin Shamsudin (35thn). Majlis diadakan pada pukul 5.00pm di Roof Garden, Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Ridwan Bin Mohd Yunus, Jurunikah Masjid Sg. Penchala selaku Jurunikah.

wedding ezlynn

Majlis dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan seramai 70 orang dan disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, iaitu En. Ariffin Bin Alang Ahmad, dan disaksikan oleh En. Mohd. Fadzil Abd Hamid & En. Mohd Rashid Marzuki.

Pihak Lelaki telah menyediakan sebanyak 5 dulang hantaran berupa Mas Kahwin sebanyak RM80.00, Wang Hantaran sebanyak RM20,020.20 (Dua Puluh Ribu Dua Puluh Ringgit Dua Puluh Sen) manakala barangan lain ialah senaskah Al-Quran, Beg Tangan dan Kasut.

Pihak Perempuan pula membalas dengan 7 dulang, berupa dua naskhah Al-Quran, Kain Sampin Songket, Kemeja & Cuffling, Pakaian Berbasikal, Sepasang Kasut, Set Haruman dan Kaca Mata.

Akad Nikah yang berkonsepkan klasik putih, pink dan warna-warna bumi (earth colour) di ilhamkan sendiri oleh Adam & Ezlynn sendiri yang juga memakai baju melayu/kurung putih dan pink tajaan Oscar Jeprey dari Butik Lagenda Creations.

Rekaan pelamin, pada Majlis Pertunangan adalah berkonsepkan ‘Japanese Romance’, manakala Pentas dan semua Deko pada Majlis Akd Nikah adalah berkonsepkan Klasik Kontemporari, kesemuanya di atas tajaan CheDet Butik Nasha. CheDet juga menyediakan kesemua 12 dulang hantaran bagi kedua-dua pihak.

Aksesori pula ditaja oleh Rafflesia Pearl Center, merupakan sepasang subang gabungan berlian dan dua butir ‘South Sea Pearl’.

Khidmat Jurusolek kedua-dua mempelai adalah dari sentuhan Nurul Shukor.

Detik-detik pra-perkahwinan, pertunangan, pernikahan dan majlis resepsi kelak adalah dari khidmat jurugambar-jurugambar dari RED Photography.

Videografi kesemua majlis ditaja oleh Avicenna Studio.

Kepada yang tak kenal dengan Ezlyn ni, beliau merupakan penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Pening & Jikalau Aku, pernah memenangi Juara Lagi 2003 Kategori Pop Rock, Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003, Anugerah Era 2003, dan Anugerah Planet Muzik 2003, di bawah naungan KRU Music Group. Selain itu beliau pernah mewakili negara ke Shanghai International Music Festival pada tahun 2004 dan memenangi anugerah Excellent New Singer 2004. Filem lakonan Diva Popular, Bilut, Zombi Kg Pisang, Husin Mon & Jin Pakai Toncit (2012).

Adam pula merupakan graduan dari The University of Newcastle, Australia dan mendapat ijazah Bachelor of Business (Business & Marketing) pada tahun 1999. Beliau telah berkhidmat di beberapa buat syarikat sebelum menjadi pengarah & rakan kongsi Ezlynn Entertainment Sdn Bhd, bersama Ezlynn, sebuah syarikat pengurusan artis/model dan acara yang beroperasi sejak 2005.

Penaja Majlis:

• Baju Melayu Moden/Kurung Oscar Jeprey (Lagenda Creations)
www.lagenda.com.my

• Aksesori Rafflesia Pearl Center
www.rafflesia.com.my

• Jurusolek & Dandanan Rambut Nurul Shukor (MakeUp Artist)
http://darinurulshukor.blogspot.com/

• Mini Pelamin / Pentas / Deko CheDet Butik Nasha
www.butiknasha.com

• Photograpy RED Photography
http://redphotography1.blogspot.com

• Videographer Avicenna Studio
www.avicennastudio.com

Gambar Rasmi Majlis : RED Photography
http://redphotography1.blogspot.com

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Kilafairy di Red Carpet FFM24

Tune Hotels Marks Thai Entry With Charity