in , ,

Seputar Gathering & Sambutan Hari Jadi DJ Lin Bersama Peminat di Selatan

Penyampai radio paling popular di Malaysia, DJ Lin menerusi kelab peminatnya, ‘DJLINFollowers’ telah menganjurkan Majlis Sambutan Ulang Tahun beliau bersama peminat di Selatan tanah air.

Majlis yang telah diadakan di Restoran Rumah Makan 100 Tahun, Ujong Pasir, Melaka itu menjadi destinasi pertama DJ Lin dalam siri jelajah bertemu peminat bagi tahun 2023.

DJ Lin yang juga penyampai radio Suria FM sangat dekat di hati peminatnya menerusi slot ‘Suria Cinta’ yang ke udara 6 hari seminggu (Ahad hingga jumaat) bermula 8 malam hingga 1 pagi. 

Majlis Gathering & Sambutan Ulang Tahun Dj Lin Bersama Peminat di Selatan

Menurut beliau, ini adalah kali pertama sesi bertemu  peminat di adakan di Selatan dan Melaka menjadi negeri pertama. Majlis yang berlangsung cukup meriah itu telah diadakan pada hari Sabtu, 28 Januari 2023 dengan menyaksikan lebih 100 orang tetamu hadir rata rata merupakan peminat setia DJ LIN.

“Lin berasa sangat terharu di atas sambutan hebat yang diberikan oleh peminat Lin di Selatan ini dan lebih bermakna, ada yang sanggup datang dari muar,johor bahru, pahang, shah alam, perak dan negeri sembilan.Ternyata sokongan peminat tidak berbelah bagi terhadap DJ LIN, kerana bukan sahaja peminat baru malahan ada antara yang hadir merupakan peminat DJ Lin lebih 12 tahun lalu sejak kelab peminat ‘DJLINFollowers’ mula ditubuhkan pada tahun 2010,” ujarnya.

Majlis Gathering & Sambutan Ulang Tahun Dj Lin Bersama Peminat di Selatan

Majlis yang bertemakan tradisional itu bermula sekitar jam 8 malam dan dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Safwan Matsani diikuti ucapan pembukaan oleh wakil restoran ‘Rumah Makan 100 tahun’. Pelbagai aktiviti menarik yang menawarkan hadiah istimewa telah diadakan antaranya peraduan ‘Teka Tajuk Filem Klasik’ ‘Sambung Lagu Tradisional’, ‘Tiru gaya Dj Lin’ juga pertandingan karaoke yang menyaksikan penyertaan dari peminat, rakan artis serta rakan media.

Majlis Gathering & Sambutan Ulang Tahun Dj Lin Bersama Peminat di Selatan

Lebih bermakna lagi apabila DJ LIN berkongsi bicara bersama peminat yang hadir dan lebih menyentuh hati apabila DJ LIN memaklumkan kondisi kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya sejak dimasukkan ke hospital pada minggu lalu namun demi tidak mahu menghampakan peminat, beliau kuatkan semangat untuk datang ke Melaka bagi menyempurnakan majlis gathering yang telah dirancang sejak hujung tahun lalu.

Tambah DJ Lin, “Peminat adalah segalanya bagi saya selain keluarga. Tanpa peminat,’ DJ LIN’ bukanlah siapa siapa.Sokongan padu peminat yang tak berbelah bagi selama 23 tahun berada di dalam industri radio di Malaysia adalah tunjang kekuatan saya berdepan dengan apa juga cabaran, dugaan dan halangan yang ditempuhi. Saya kuat demi peminat dan saya terus bertahan juga adalah berkat doa dari peminat. Oleh kerana itu, saya akan cuba seterdaya dan semampu saya untuk sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat peminat tercinta.Tahun 2023 sangat istimewa kerana dapat meraikan sambutan ulang tahun saya yang ke-47 bersama peminat tercinta. Moga semua sudi untuk terus mendoakan saya segera pulih dari apa jua sakit yang sedang dihadapi dan doakan juga agar saya dapat terus fokus mengemudi Suria FM dan impian saya pada tahun ini untuk mencipta lebih banyak kejayaan baru buat Suria FM”.

Majlis Gathering & Sambutan Ulang Tahun Dj Lin Bersama Peminat di Selatan

Ikuti perkembangan terkini DJ LIN di semua platform media sosial beliau, twitter, instagram dan Tiktok @djlinsuriacinta juga like dan follow fan page facebook ‘DJ LIN (SURIACINTA SURIA FM’.

Majlis Gathering & Sambutan Ulang Tahun Dj Lin Bersama Peminat di Selatan
Majlis Gathering & Sambutan Ulang Tahun Dj Lin Bersama Peminat di Selatan
Majlis Gathering & Sambutan Ulang Tahun Dj Lin Bersama Peminat di Selatan
Majlis Gathering & Sambutan Ulang Tahun Dj Lin Bersama Peminat di Selatan
Majlis Gathering & Sambutan Ulang Tahun Dj Lin Bersama Peminat di Selatan

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bella Astillah Akhirnya Dedah Mesej Perbualan Bersama Sophia AlBarakbah

Samsung Galaxy S23 Series

Era Baharu Telefon Premium Samsung Galaxy S23 Series Dilancarkan Hari Ini