in , ,

Era Baharu Telefon Premium Samsung Galaxy S23 Series Dilancarkan Hari Ini

Samsung Galaxy S23 Ultra menggabungkan ciri-ciri terpaling inovatif dalam siri Galaxy S; dengan kamera yang paling canggih, prestasi permainan yang dipertingkatkan dan reka bina mesra alam terkini.

Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini telah merasmikan era baharu pengalaman telefon premium terunggul Samsung Galaxy dengan pelancaran Galaxy S23 Ultra, Galaxy S23+ dan Galaxy S23. Kamera epik Samsung Galaxy memberikan pengguna lebih kebebasan untuk menerokai daya cipta diri, misalnya dengan merakam video Nightography yang benar-benar sinematik dengan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) terkini.

Lebih-lebih lagi, “Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy” membolehkan pengalaman pengguna yang cukup premium, termasuk AI tercanggih, pengalaman permainan mudah alih berwawasan jauh lagi lasak berkuasa, berkat cip grafik mudah alih terpantas di dunia.

Dipadankan dengan Galaxy S23 Ultra pula adalah S Pen terbina kegemaran pengguna Samsung Galaxy yang menawarkan lebih banyak kebolehan untuk produktiviti, pencatatan nota, hobi dan banyak lagi.

Kesemua inovasi siri Galaxy S23 yang terkini ini tersedia dengan reka bentuk menarik yang turut melanjutkan komitmen kemampanan Samsung menerusi penggunaan lebih banyak bahan kitar semula berbanding dengan telefon pintar Samsung Galaxy sebelum ini.

Galaxy S23Series_Image_01

Semarakkan Semangat Anda dengan Siri Galaxy S23 Baharu: 

“Teknologi yang menawarkan manfaat tertinggi perlu dipertimbangkan bukan sekadar menerusi pencapaian penggunanya di masa terdekat, malah termasuk juga dengan potensi sumbangannya bagi masa depan yang lebih cerah,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics. “Galaxy S23 Ultra dan keseluruhan barisan siri Galaxy S sememangnya memberikan ketetapan taraf dasar baharu bagi pengalaman telefon pintar premium. Usaha kami untuk menakrifkan semula prestasi kemuncak kini telah membuahkan hasil menerusi gabungan kuasa prestasi dengan peningkatan inovasi mampan dalam pelbagai peranti yang juga penuh dengan ciri-ciri mesra alam sekitar.”

Kamera dengan Jumlah Megapiksel Tertinggi dan Kawalan Kreatif Yang Meluas, Dari Siang ke Malam

Galaxy S23 Ultra khas direka untuk membolehkan kesemua jurugambar, tanpa mengira tahap pengalaman, untuk menangkap kandungan yang mempesonakan. Ia menawarkan sistem kamera paling canggih bagi Samsung Galaxy yang disesuaikan untuk hampir semua keadaan pencahayaan dan direka bentuk untuk merakam perincian dengan cemerlang sekali. Keupayaan Nightography juga telah dipertingkatkan untuk membolehkan peranti siri Galaxy S mengoptimumkan foto dan video dalam pelbagai suasana ambien.

Galaxy S23 ultra KV

Baik untuk merakam lagu kegemaran semasa menghadiri konsert, ataupun menangkap swafoto di akuarium mahupun mengabadikan kenangan manis bersama kumpulan rakan taulan anda — pengguna boleh mendapatkan imej dan video yang cukup terperinci. Ralat hingar yang biasanya wujud pada imej cahaya malap diperbetulkan dengan algoritma pemprosesan isyarat imej (ISP) berkuasa AI baharu yang memperhaluskan butiran objek dan ton warna.

Hadir buat julung-julung kalinya dalam suatu peranti Samsung Galaxy adalah penderia Adaptive Pixel 200MP baharu untuk merakam detik-detik epik dengan ketepatan yang mengagumkan.

Galaxy S23 Ultra yang turut dilengkapi dengan penderia ini menggunakan ciri Pixel Binning untuk meningkatkan prestasi pemprosesan beresolusi tinggi berganda secara serentak. Siri Galaxy S23 juga memperkenalkan ciri autofokus pantas dan kamera swafoto Super HDR dengan lonjakan kualiti daripada 30fps ke 60fps, untuk menghasilkan imej dan video hadapan yang lebih baik.

Bagi pengguna yang mementingkan kawalan kreatif, siri Galaxy S menawarkan pelbagai pilihan mod dan perkakasan yang mampu disesuaikan mengikut keperluan fotografi secara diperlukan. Apl Expert RAW yang tersedia secara eksklusif pada Samsung Galaxy, mendayakan penangkapan dan pengeditan imej berkualiti DSLR dalam format RAW dan JPEG tanpa sebarang keperluan peralatan kamera. Pengguna boleh bereksperimen dengan karya seni gambar pendedahan berganda (Multiple exposure) atau menangkap pemandangan Bima Sakti menggunakan tetapan Astrophoto. Selain itu, ciri Expert RAW akan hadri secara langsung menerusi apl Kamera Samsung. Di samping itu, keupayaan zum baharu pada apl Pengawal Kamera siri Galaxy Watch5 membolehkan pengguna untuk menangkap syot yang sempurna secara langsung dari pergelangan tangan mereka.

Kemajuan kamera yang selebihnya juga termasuk:

  • Dalam suasana cahaya malap ataupun situasi lain yang secara kebiasanya akan menghasilkan imej yang kabur, rakaman video akan diperbetulkan dengan penstabil imej optikal (OIS) berganda yang berfungsi dari pelbagai sudut darjah.
  • Kandungan video tampil dengan lebih sinematik berkat video 8K yang dipertingkatkan kepada 30 bingkai sesaat dengan darjah rakaman yang lebih luas.
  • AI canggih yang berasaskan pengecaman objek menganalisis perincian terhalus seperti helaian rambut dan penampilan mata untuk mencerminkan ciri dinamik seseorang dengan lebih teliti.
  • Untuk pengalaman rakaman video yang lebih mengagumkan, ciri Rakaman Audio 360 baharu pada Galaxy Buds2 Pro berupaya menghasilkan alunan bunyi berbilang dimensi.

Rupa bentuk kamera ikonik Samsung Galaxy yang hadir pada Galaxy S23+ dan Galaxy S23 juga telah dinaik taraf; di mana perumahan kontur kamera telah direka-bentuk semula. Perubahan ini dengan jelas menandakan era baharu reka bentuk bagi keseluruhan siri peranti Galaxy.

Galaxy S23 l s23+

Prestasi Premium Menerajui Hala Tuju Permainan Mudah Alih Masa Depan

Baik bagi pencipta kandungan mahupun peminat permainan mudah alih, keinginan untuk senantiasa mencabar kebolehan dan prestasi teknologi terkini memerlukan kemajuan yang jauh menjangkaui batasan imaginasi. Qualcomm “Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy” mendayakan prestasi pemproses yang tiada berbanding manakala bateri 5,000mAh Galaxy S23 Ultra mendayakan suatu kamera yang lebih besar berbanding dengan yang tersedia dalam peranti Galaxy S22 Ultra yang sebelumnya, tanpa sebarang perbezaan ketara dalam saiz peranti. 

Seni bina mikro CPU yang direka bentuk baharu meningkatkan kebolehan pemprosesan siri Galaxy S23 sebanyak kira-kira 30 peratus berbanding siri Galaxy S22. Rakaman foto dalam suasana pencahayaan malap memerlukan trilion pengiraan sesaat, jadi seni bina NPU Samsung Galaxy telah dioptimumkan sebanyak 49 peratus untuk mengimbangi prestasi dan kuasa semasa menggunakan algoritma AI untuk menghasilkan foto dan video epik. Salah satu penambahbaikan yang paling ketara pada siri Galaxy S23 ialah GPU yang dioptimumkan hampir 41 peratus lebih pantas berbanding siri Galaxy 22 untuk menyokong keperluan penggunaan lasak.

Sebagai persediaan untuk masa depan realisme digital yang muktamad, Galaxy S23 Ultra bersedia untuk menyokong ciri pengesanan sinar ray tracing yang bakal hadir ke arus perdana permainan mudah alih. Pengguna akan dapat melihat pemaparan pemandangan yang kelihatan lebih nyata, berkat teknologi yang mensimulasikan dan menjejaki setiap sinar cahaya. Selain itu, ruang penyejukan wap Samsung Galaxy yang kini lebih besar dan hadir pada setiap model siri Galaxy S23 memastikan pengalaman marathon permainan anda berlangsung dengan kelancaran penuh.

Kesemua daya kuasa ini juga berfungsi menyokong paparan melengkung Galaxy S23 Ultra 6.8 inci dengan lengkung tepi yang disederhanakan untuk memberi luas permukaan rata yang lebih besar bagi pengalaman visual yang lebih memuaskan. Ciri keselesaan Enhanced Comfort yang unik kepada peranti Samsung Galaxy membolehkan pengguna melaraskan ton warna dan tahap kontras untuk mengurangkan ketegangan mata terutamanya daripada penggunaan skrin pada waktu malam. Ciri Vision booster pula boleh diselaraskan sebanyak tiga tahap pencahayaan (berbanding dengan dua tahap sebelumnya) untuk penyesuaian mengikut kecerahan dan silau cahaya pada siang hari.

Galaxy S23 Series_Feature Visual_Sustainability_2p_LI

Kemampanan Memajukan Intipati Samsung Galaxy

Siri Galaxy S23 meningkatkan tahap untuk teknologi premium yang boleh memperkayakan kehidupan orang ramai di samping menyumbang kepada planet yang lebih lestari. Sejak dari siri Galaxy S22, Samsung Galaxy telah meningkatkan penggunaan bahan kitar semula daripada enam komponen dalaman bagi Galaxy S22 Ultra kepada 12 komponen dalaman dan luaran bagi Galaxy S23 Ultra. Siri Galaxy S23 juga mempunyai pelbagai jenis bahan kitar semula berbanding dengan mana-mana telefon pintar Galaxy yang lain, termasuk aluminium dan kaca kitar semula pra-pengguna dan plastik kitar semula pasca pengguna yang diperoleh daripada pukat terdampar, botol PET dan tong air.

Siri S baharu dibina dengan bahan prepengguna terkitar semula sebanyak 22 peratus dan juga merupakan peranti pertama di pasaran untuk memasarkan Corning® Gorilla® Glass Victus® 2 yang meningkatkan ketahanan peranti. Selain itu, setiap telefon pintar Galaxy S23 disertakan dalam kotak pembungkusan yang diperbuat sepenuhnya dengan kertas kitar semula.

Samsung Galaxy melanjutkan usahanya untuk meminimumkan impak terhadap alam sekitar tanpa menjejaskan kualiti dan estetika siri Galaxy S23. Siri Galaxy S23 diiktiraf UL ECOLOGO® yang mengesahkan produk tersebut memang mesra terhadap alam sekitar.

Bagi pengguna yang ingin memanjangkan hayat peranti mereka, pengalaman premium siri Galaxy S23 boleh dikekalkan menerusi kemaskini OS sebanyak empat generasi dan kemas kini keselamatan sebanyak lima tahun. Untuk memastikan hayat penggunaan yang panjang, pengguna juga boleh memanfaatkan pelbagai program seperti Samsung Care+ yang menawarkan perkhidmatan sokongan untuk kerosakan tidak sengaja, pembaikan dan banyak lagi.

[main] galaxy s23 ultra_ecosystem kv_game_2p_rgb_221226

Keselamatan dan Ciri Privasi Mesra Pengguna Mendayakan Pengalaman Telus tanpa Kompromi

Pengalaman selamat dan diperibadi adalah asas siri Galaxy S23. Setiap telefon pintar dilengkapi sepenuhnya dengan perlindungan Samsung Knox, yang telah menerima lebih banyak pengiktirafan daripada kerajaan dan rakan industri berbanding dengan mana-mana peranti mudah alih, platform atau penyelesaian lain di pasaran. Papan Pemuka Keselamatan dan Privasi pada Samsung Galaxy memberikan pengguna keterlihatan penuh terhadap sesiapa yang mempunyai akses kepada data mereka dan cara data itu digunakan. Dengan hanya sepintas pandang, pengguna berupaya menimbangkan sama ada data peribadinya masih selamat ataupun berhadapan berisiko dan menerima gesaan mudah untuk menukar tetapan untuk pengalaman yang lebih selamat. Pengguna juga boleh memutuskan dengan tepat mana-mana aplikasi dan program yang mendapat akses kepada data mereka dan cara ia boleh digunakan.

Untuk lapisan keselamatan tambahan, Knox Vault, yang pertama kali diperkenalkan pada siri Galaxy S21, melindungi maklumat kritikal pada siri Galaxy S23 dengan mengasingkannya daripada seluruh peranti, termasuk OS, untuk perlindungan tambahan.

Galaxy S23Series_Image_02

Kebebasan dan Fleksibiliti untuk Gaya Hidup Bersambung

Teras pengalaman premium siri Galaxy S ialah inovasi tanpa kompromi yang hadir dengan Samsung Galaxy Ultra. Namun demikian, kuasa dan keupayaan kreatif Samsung Galaxy Ultra tidak hanya terhad kepada telefon pintar – dengan Galaxy Book3 Ultra yang baharu, dan Galaxy Tab S8 Ultra, pengguna kini boleh menikmati ekosistem Samsung Galaxy yang terbaik.

Merentasi setiap model siri Galaxy S, pengalaman yang bersambung memberikan pelbagai faedah. Samsung Multi Control, yang menghubungkan kefungsian tetikus dan papan kekunci antara PC dan tablet Samsung Galaxy, kini dilanjutkan ke Galaxy S23 Ultra, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 untuk menawarkan fleksibiliti tertinggi di antara peranti. Selain itu, kebolehgunaan teks yang dipertingkat memudahkan keperluan salin dan tampal teks, seperti URL, dari satu peranti ke peranti lain. Pada Galaxy S23 Ultra, Google Meet dipasangkan dengan Samsung Notes dan S Pen yang terbina kini membuat panggilan video dengan lebih kolaboratif. Dengan perkongsian langsung Google Meet, peserta boleh mengedit suatu dokumen daripada setiap peranti Android mereka tersendiri secara serentak.

Ketersediaan

Siri Galaxy S23 hadir dalam empat warna matte yang diilhamkan alam semula jadi: Phantom Black, Cream, Green dan Lavender.

ModelPrice
Galaxy S23 Ultra (12GB / 1TB storage)RM7,199
Galaxy S23 Ultra (12GB / 512GB storage)RM6,199
Galaxy S23 Ultra (12GB / 256GB storage)RM5,699
Galaxy S23+ (8GB / 512GB storage)RM5,199
Galaxy S23+ (8GB / 256GB storage)RM4,699
Galaxy S23 (8GB / 256GB storage)RM4,199
Galaxy S23 (8GB / 128GB storage)RM3,899

Untuk maklumat lanjut tentang siri Galaxy S23, sila lawati: 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Seputar Gathering & Sambutan Hari Jadi DJ Lin Bersama Peminat di Selatan

FABIO ASHER

Fabio Asher Lancar EP Asher Dengan Single Setia Menunggumu