in , ,

Semua Terselamat, Tiada Penyingkiran di Maharaja Lawak Mega Minggu Keenam

Dalam diam tak diam, Maharaja Lawak Mega 2021 yang berlangsung semalam, Jumaat, 19 November, menandakan minggu keenam ia bersiaran.

Bertemakan, ‘SUKAN’ dan minggu tersebut dibawakan khas oleh OPPO, selaku penaja utama program pertandingan realiti komedi ini, malam tadi menyaksikan tiada penyingkiran, seterusnya membuatkan kesemua tujuh kumpulan peserta menarik nafas lega, terutamanya kumpulan Cawan yang berada di kedudukan terakhir dengan markah keseluruhan sebanyak 47.80%.

Walaupun salah seorang ahli kumpulan Cawan mendapat komen membina dari Diana Danielle selaku juri tetap dengan berkata, “Saya tengok Abang Wan memang stand-out lah malam ini!”, Cawan tetap akur dengan keputusan juri apabila diumumkan berada di tangga tercorot. 

Minggu Keenam 'Maharaja Lawak Mega' (MLM 2021)

Namun, sinar harapan kembali apabila Datuk Rosyam Nor yang bertindak sebagai ketua juri mengumumkan tiada sebarang penyingkaran pada minggu ini. Cawan dianggotai oleh Aliff Yasraf, Wan Gegau dan Che Mat Raja Lawak.

Minggu Keenam 'Maharaja Lawak Mega' (MLM 2021)

Ini menandakan kesemua tujuh kumpulan peserta akan berentap di hadapan (minggu ketujuh) dengan tema yang lebih mencabar, “Karoot, Dikir Barat & Props”. Setiap peserta dikehendaki untuk membuat sketsa bersama props yang disediakan oleh pihak produksi MLM dan mereka juga akan diiringi oleh kumpulan ‘karoot’ dan dikir barat.

Minggu Keenam 'Maharaja Lawak Mega' (MLM 2021)

Minggu ini menyaksikan kumpulan Puteh berada di kedudukan pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 71.86%, Boro di kedudukan kedua dengan 63.49, manakala kumpulan Tobat yang dianggotai oleh Bell Ngasri, Ropie dan Ajak selesa di kedudukan ketiga dengan 61.02%. 

Kehadiran tetamu jemputan yang terdiri dari figura sukan profesional seperti Khalid Jamlus, Sazali Samad, Niena Azman, Roslin Hashim, Jufferi Jamari, Yeoh Pek Xian dan Tan Boon Heong ternyata berjaya menggamatkan suasana di dewan auditorium serta menerima banyak komen-komen membina dari penonton di platform media sosial.

Jangan lupa saksikan aksi terhebat kumpulan Puteh, Tiro, Boro, Bahye, Tobat, Otai dan Cawan pada minggu hadapan dengan sketsa yang lebih mengegarkan dan sudah pasti mampu membuat anda semua tidak kering gusi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAQIEM RUSLI ANIS SOFEA

Haqiem Rusli Sah Bergelar Suami Anis Sofea

MARK O’DEA

Mark O’Dea Teruja Jelajah Perak & Pulau Pinang Dalam SPECTACULAR MALAYSIA