in ,

Datuk Rosyam Nor Juarai Minggu Kedua ALL STARS BUKA PANGGUNG

Minggu kedua program ‘All Stars Buka Panggung’ yang sarat dengan gelak ketawa telah menyaksikan kemenangan pelakon legenda tanah air, Datuk Rosyam Nor, diumumkan sebagai Juara Mingguan – melayakkan beliau membawa pulang sebuah trofi kemenangan! Kemenangan ini sekaligus membawa beliau terus ke minggu separuh akhir!

All Stars Buka Panggung merupakan sebuah program komedi dari Astro Warna yang mencabar para pelakon untuk melakonkan watak secara improvisasi, tanpa disediakan sebarang skrip. Panggung Royal Theatre, Shah Alam menjadi gamat apabila memperlihatkan gelagat melucukan dari para peserta minggu kedua, Datuk Rosyam Nor, Farahdhiya, Datin Diana Danielle dan Fizo Omar, yang dibantu oleh pelakon tambahan kejutan seperti Mawar Rashid, Jaafar Onn, Didie Alias dan juara ‘Muzikal Lawak Superstar’, Joey Daud dari kumpulan J-Born.

Datuk Rosyam rata-rata berjaya menggeletek penonton dengan lakonan mantapnya sebagai mat rempit yang terbabas masuk ke gerai makan. Kehadiran Jaafar Onn dan Didie Alias punyalah mengejutkan sehingga Datuk Rosyam sendiri panjat meja!

Dengan lakonan bersahaja sehebat itu, tidak mustahil kiranya beliau diumumkan sebagai juara minggu kedua dengan undian terkumpul sebanyak 51.99%!

Tempat kedua pula dimenangi oleh Datin Diana Danielle dengan 21.93%, yang melakonkan watak ‘makcik cleaner’ yang terlalu glamour untuk kerjayanya. Fizo Omar, yang mengimprovisasikan watak pegawai forensik yang takutkan mayat berjaya meraih tempat ketiga dengan 13.57% walaupun ‘dikacau’ oleh Joey Daud di set lakonannya

Naib Juara ‘Gegar Vaganza’ musim kedua, Farahdhiya, mendapat tempat keempat dengan undian terkumpul sebanyak 12.52%. Farahdhiya begitu kreatif ketika menjadi ‘salesgirl’, menjual produk-produk tempatan kepada pelanggan.

Menariknya lagi, sebagai penghargaan kepada para seniman tanah air,  pihak ‘All Stars Buka Panggung’ dengan kerjasama Persatuan Seniman Negaramenyampaikan bantuan sumbangan kebajikan dalam bentuk wang tunai RM4,000 kepada Wan Maimunah, seorang pelakon wanita yang begitu terkenal menerusi drama-drama air mata, termasuklah ‘Gentayangan’ (2011), ‘Puaka Tebing Biru’ (2007) dan ‘Putih’ (2001). Ogos lalu, beliau dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas dan terkena jangkitan kuman pada paru-paru.

Pada malam ini, jom sertai Ajak dan Shahrol Shiro bersama ‘Seri Dewi Panggung’, primadona Erra Fazira, dan peserta minggu ketiga – Zul Huzaimy, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sweet Qismina – dan saksikan persaingan sengit antara mereka untuk merebut gelaran ‘Juara Mingguan’!

Juara Mingguan ini kemudiannya akan kembali di minggu keenam, iaitu minggu separuh akhir di mana mereka diperlukan untuk berentap sekali lagi demi memastikan kedudukan mereka di pentas akhir.

Hanya 4 orang peserta sahaja bakal beraksi di pusingan kemuncak bagi merebut gelaran juara seterusnya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi!

Kepada semua peminat lawak sponstan, apa kata luangkan masa untuk menonton Siaran Langsung program terbaharu Astro Warna, ‘All Stars Buka Panggung’ (Minggu Ketiga) pada 20 September 2019 (Jumaat), jam 9.00 malam di Royal Theatre, Shah Alam.

Siapa yang bakal jadi juara agaknya ya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syahmi Sazli | 14

Drama Spontan Ashrul atau Ashley Trending di Youtube Malaysia

Airasia

Klik & Santai: Wifi dalam Penerbangan AirAsia Kini Lebih Pantas