in ,

Macau Scam, Polis Dedah Wajah Datuk Seri Yang Lari dari Bangunan SPRM

Selepas beberapa hari menjadi teka-teki siapakah suspek yang dimaksudkan melarikan diri dari bangunan SPRM, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu kenyataan hari ini mendedahkan nama dan wajah individu berkenaan.

Difahamkan Goh Leong Yong, telah melarikan sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM berhubung kes Macau Scam yang tular baru-baru ini. Menerusi kenyataan tersebut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Dato’ Huzir bin Mohamed berkata, lelaki berkenaan kini dikehendaki kerana beberapa kes berkaitan aktiviti perjudian.

“Suspek ini dikehendaki bersabit kesalahan melibatkan 3 (tiga) kes di bawah Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini.

Macau Scam, Polis Dedah Wajah Datuk Seri Yang Lari dari Bangunan SPRM

Seolah-olah dirancang dari awal dengan penuh teliti. Malah, kedudukan pagar keselamatan jenis anti-climb, jalan pintas dan susun atur sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, diselidik terlebih dahulu.

Semua itu membolehkan dalang utama sindiket cuci duit atau pengubahan wang haram berusia 32 tahun terbabit melarikan diri tanpa disedari pihak berkuasa dalam kejadian jam 6.30 petang Ahad lalu.

Macau Scam, Polis Dedah Wajah Datuk Seri Yang Lari dari Bangunan SPRM

Difahamkan, suspek yang mendakwa sebagai Datuk Seri itu meloloskan diri dengan bantuan tiga pengawal peribadinya yang bertindak cekap dalam tempoh kurang dua minit.

Dia sebelum ini ditahan SPRM pada 2 Oktober sebelum direman sehingga Ahad lalu susulan siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan artis.

Macau Scam, Polis Dedah Wajah Datuk Seri Yang Lari dari Bangunan SPRM

Terdahulu, seorang suspek utama bergelar Datuk Seri bagi kes Macau Scam sebelum ini dilaporkan telah melarikan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan pejabat SPRM sebagai sahaja dibebabskan SRPM.

Kejadian tersebut membuatkan orang ramai tertanya-tanya siapa individu di maksudkan.

Kejadian tersebut telah menimbulkan tanda tanya dan persoalan dalam kalangan netizen terutama siapakah identiti sebenar lelaki berkenaan.

Macau Scam, Polis Dedah Wajah Datuk Seri Yang Lari dari Bangunan SPRM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Bridge & Kopitiam: Double Shot Menang di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2020

Datuk Rizalman Ibrahim Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Gantikan Vivy Yusoff